• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farid Agresif Dan Menjerit-Jerit Pada Polis – Saksi

oleh Cj Mnh
13/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini bahawa pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari menjerit-jerit di balai polis dan berkata “adakah hang tau aku sapa? Aku Datuk Farid Kamil!”

Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, yang ketika kejadian bertugas sementara di Balai Polis Kota Damansara berkata Farid mengeluarkan kata-kata itu sambil berdiri selepas dia dengan tiba-tiba naik angin setelah beliau memberitahu dia (Farid) tidak boleh membuat laporan polis berhubung satu artikel kerana balai itu mengendalikan kes trafik.

Menceritakan kejadian itu, saksi kedua pendakwaan itu berkata pada pukul 1 tengah hari 11 Jan lepas, Farid telah dibawa oleh saksi pertama kes itu, Ashraf Ahmad, 35, yang memberitahu Farid ingin membuat laporan polis kerana kemalangan.

“Sejurus tiba di kaunter pertanyaan, Farid telah menunjukkan kepada saya sebuah artikel bertajuk “300 artis meminjam Ah Long kerana tiada pekerjaan” dan bertanya kepada saya sama ada artikel itu benar.

“Saya kemudian berkata sekiranya dia mahu membuat laporan mengenai kes itu, dia harus pergi ke balai lain yang berdekatan kerana balai ini hanya mengendalikan kes-kes trafik,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran pada hari ketiga perbicaraan empat kes jenayah pelakon itu.

Saksi itu memberitahu Farid kemudian tiba-tiba naik angin dan terus berdiri serta menjerit-jerit mengeluarkan kata-kata itu.

“Ashraf cuba menenangkan Farid yang masih dalam keadaan terjerit-jerit di dalam balai namun Ashraf telah ditampar dan saya dengan pantas cuba menghalang tindakan itu dengan berkata “Datuk tidak boleh buat begini, Datuk tak boleh pukul orang awam” sebelum saya juga ditampar olehnya.

“Selain pedih dan sakit di pipi kiri akibat ditampar, namun yang lebih memalukan kerana saya sedang memakai pakaian seragam polis trafik dan kejadian tersebut berlaku di hadapan orang ramai di dalam balai tersebut,” katanya.

Menurut Muhammad Nizam lagi, keadaan Farid yang agresif ketika itu memaksanya untuk menggari tertuduh namun fizikal Farid yang besar dan lebih tinggi daripadanya menyukarkan beliau untuk berbuat demikian.

“Beberapa kali saya mencuba untuk menggarinya namun tidak berjaya tetapi setelah dibantu Ashraf dan seorang lagi orang awam yang berada di dalam balai, Farid akhirnya digari dalam keadaan meniarap,” katanya.

Pada 16 Jan lepas, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Dalam prosiding itu, Farid diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom dan perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham bersambung esok. – BERNAMA

Tags: AgresifFarid Kamil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd