• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFF: Jland Anjur Tayangan Skrin Gergasi

oleh Cj Mnh
13/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi menyemarakkan aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam, Johor Land (JLand) mengambil inisiatif menganjurkan tayangan skrin gergasi di Tapak Ekspo Festival JLand, Sabtu ini.

Pengurus Besar Pemasaran dan Dokumentasi Jualan JLand, Mohd Hizam Abdul Rauf dalam satu kenyataan hari ini berkata program julung kali dianjurkan itu sebagai menghargai peminat Harimau Malaya di Johor Bahru selain memupuk nilai kekeluargaan dengan menjadikan sukan sebagai medium utama.

“Kami ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk turut bersama dengan rakyat Malaysia yang lain untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya. Kami di JLand sangat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh pasukan ini.

Program ini diadakan untuk kita menjadikan sukan sebagai medium utama merapatkan silaturrahim di kalangan ahli keluarga sebagaimana kempen kami yang menggalakkan warga Johor Bahru untuk hadir dengan membawa keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan itu.

Mohd Hizam turut berkata pihaknya menyediakan teh tarik percuma sepanjang perlawanan berlangsung untuk penyokong selain kuiz yang menawarkan pelbagai hadiah istimewa.

Program itu juga dijangka dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar dan beberapa atlet negara.

Aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 akan berlangsung di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi selepas aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lepas, berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. – BERNAMA

Tags: Piala AFF Suzukiskrin gergasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hujan Tidak Halang ‘Ekor’ Sambut Harimau Malaya

16/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Hujan lebat tidak menghalang ratusan penyokong hadir di Dataran Merdeka malam ini untuk memberi sokongan kepada skuad...

Piala AFF Suzuki 2018 Bukti Semangat Patriotisme, Kebersamaan Rakyat Malaysia

16/12/2018
0

KUALA PILAH - Walaupun pasukan Harimau Malaya tewas di Hanoi, semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd