• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Roger Ng Dinafi Ikat Jamin Sementara Tunggu Pendengaran Ekstradisi

oleh Cj Mnh
13/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Makamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas ahli perbankan Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa, yang menghadapi tiga pertuduhan di luar negara berkaitan 1Malaysia Development Berhad, agar dia dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu pendengaran ekstradisinya.

Ng kini direman 60 hari sementara menunggu permohonan kerajaan di Mahkamah Sesyen di sini untuk menyerahkannya kepada Amerika Syarikat.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata permohonan itu ditolak atas beberapa sebab, termasuk ada kemungkinan Ng akan melarikan diri dari negara ini.

Menurut hakim itu, beliau mengambil kira kepentingan awam dan negara memandangkan pertuduhan yang dikenakan terhadap Ng melibatkan perkara serius.

“Ng perlu ditahan berikutan perjanjian ekstradisi yang ditandatangani antara Malaysia dan Amerika,” katanya.

Pada 14 Nov, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata polis memperoleh perintah reman terhadap Ng berikutan penangkapannya pada 1 Nov.

Ng dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan di daerah timur New York oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika atas tuduhan bersubahat dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah berbilion dolar, yang didakwa dilakukan bersama-sama ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho, yang sedang diburu pihak berkuasa, dan seorang lagi ahli perbankan, Tim Leissner.

Terdahulu, peguam Datuk Tan Hock Chuan, yang mewakili Ng memberitahu mahkamah beliau diarah anak guamnya untuk merayu terhadap keputusan hari ini.

Beliau kemudian memberitahu media bahawa Mahkamah Sesyen dijadual mendengar pemohonan ekstradisi oleh kerajaan minggu depan.

Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dan Shukor Abu Bakar mewakili pihak pendakwa. – BERNAMA

Tags: ikat jaminRoger Ng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

09/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang bapa nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Keputusan Ikat Jamin CEO GISBH, Isteri Dan 19 Pemimpin Tertinggi 24 Mac

Keputusan Ikat Jamin CEO GISBH, Isteri Dan 19 Pemimpin Tertinggi 24 Mac

17/03/2025
0

KAJANG – Nasib sama ada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali; isterinya, Azura Md...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd