• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Sabah Desak Zahid Segera Letak Jawatan

oleh
13/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pemuda UMNO Sabah mendesak presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi segera meletakkan jawatan kerana didakwa hilang penguasaan terhadap parti dan tidak lagi dihormati oleh pemimpin dan ahli.

Naib ketuanya, Ghazalie Ansing berkata, sekiranya enggan meletak jawatan secara sukarela, Pemuda UMNO Sabah akan memohon kepada Majlis Tertinggi (MT) parti supaya mendesak Ahmad Zahid berbuat demikian.

“Selain itu, saya juga melihat presiden cuba membuat parti ini sebagai perisai untuk menyelamatkan diri daripada kes yang dihadapi beliau di mahkamah, “katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketidaktentuan presiden dalam mengemudi hala tuju UMNO telah mengakibatkan ramai pemimpin dan ahli keluar keluar meninggalkan parti itu.

Semalam, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua senator mengumumkan keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

“Kita mahu UMNO dipimpin oleh orang yang selayaknya memimpin parti keramat ini. Presiden sedar akan permasalahan ini dan permasalahan yang dia sendiri bawa,” katanya.

Ghazalie, yang juga Ketua Pemuda UMNO Tawau berkata, walaupun 21 ketua Bahagian UMNO Sabah sudah keluar parti namun sayap Pemuda UMNO Sabah akan terus berjuang mempertahankan kelangsungan parti itu di Sabah.

Katanya, UMNO adalah parti perjuangan dan telah berjaya membangunkan Sabah sejak dua dekad lalu.

Justeru, beliau menyifatkan kepimpinan yang telah meninggalkan parti itu sebagai pemimpin yang kurang daya tahan sehingga mengalah kepada pelbagai tekanan kerajaan memerintah. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd