• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awasi Anak Daripada Main Air – Tengku Puan Pahang

oleh
13/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini, bertitah mengingatkan ibu bapa agar lebih mengawasi dan tidak membenarkan anak bermain air pada musim tengkujuh bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Baginda bertitah, bahawa persiapan untuk berpindah juga perlu dilakukan terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan rendah, mengambil kira keadaan cuaca di sini yang mengalami hujan lebat berterusan sejak semalam.

“Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir harus bersedia dengan kelengkapan untuk berpindah dan tidak menunggu sehingga air sudah meningkat baharu hendak buat persiapan.

“Saya berdoa supaya banjir kali ini tidak buruk dan hanya sementara sahaja… semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik,” titah baginda selepas berkenan mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating di sini, hari ini.

Tunku Azizah bertitah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini berada di Vietnam atas urusan rasmi telah meminta baginda untuk melawat mangsa banjir di sini, dan memaklumkan status semasa serta bantuan yang diperlukan.

“Tuanku (Tengku Abdullah) akan turun padang sebaik sahaja kembali ke tanah air. Sementara itu, saya akan bergerak melihat keadaan banjir dan seperti biasa akan menghulurkan sumbangan serta memasak di PPS,” titah baginda.

Pada lawatan itu, Tunku Azizah meluangkan masa bertanya khabar kepada 27 mangsa banjir terdiri daripada lapan keluarga yang mula menghuni PPS itu sejak pukul 9.00 pagi ini.

Sementara itu, seorang ibu tunggal Samsiah Kundor, 48, berkata beliau hanya menyedari rumahnya di Kampung Cherating Baru di sini dinaiki air sedalam satu meter pada pukul 1.00 pagi ini apabila selimut yang digunanya basah.

Samsiah yang tinggal bersama tiga anak berusia 12 hingga 18 tahun dan seorang cucu berumur dua tahun menambah kata banjir berlaku begitu pantas setelah dia melihat keadaan sekitar rumah sebelum masuk tidur pukul 11.45 malam

“Saya bingkas bangun dan mengejutkan anggota keluarga dan mengumpulkan dokumen penting untuk berpindah. Kami sudah hendak keluar rumah, namun membatalkan hasrat apabila melihat ada ular kecil.

“Saya bimbang jika terserempak ular besar… memikirkan keselamatan anak dan cucu, saya rasa lebih baik kami bertahan di rumah sahaja sehingga hari agak cerah dan kami boleh melihat keadaan persekitaran dengan lebih jelas,” katanya yang berpindah ke PPS pada pukul 7.00 pagi. – BERNAMA

Tags: Tengku Puan Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Pun ‘Sekat’ Akaun Twitter Tunku Azizah

17/11/2018
0

ALAHAI... Bukan sesuatu yang pelik apabila Rafizi Ramli bertindak sekat akaun Twitter penyokong parti lawan yang kerap melakukan provokasi dalam...

Ambil Peluang Majlis Ilmu – Tengku Puan Pahang

07/11/2018
0

KUANTAN - Golongan wanita disaran mengambil peluang daripada penganjuran majlis ilmu bagi menambah pengetahuan, titah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd