• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Motosikal Ciptaan UNIMAP Bakal Masuki Pasaran

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan melihat jenama Seri Perlis (SP) menyertai jutaan motosikal di atas jalan raya dan jalan desa di negara ini.

Ia mungkin perkara biasa namun hakikatnya motosikal jenama itu adalah hasil sentuhan sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd (Modenas).

Pengarah Unit Penyelidik dan Sukan Permotoran (MoTECH) UniMAP, Prof Madya Dr Shahriman Abu Bakar berkata, pihak Modenas sangat membantu dalam menghasilkan motosikal itu.

Motosikal itu yang telah dilihat sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baharu-baharu ini akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Motosikal gaya retro berkuasa 173 cc yang dihasilkan itu berteraskan kejuruteraan universiti itu dengan dibantu para jurutera Modenas dan dijangka dijual pada harga kira-kira RM12,000 sebuah.

“Kita telah bekerjasama dengan Modenas sejak 2014 dan ia lebih rancak lagi selepas tertubuhnya Pusat Penyelidikan UniMAP-Modenas tahun lepas,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Melalui pusat penyelidikan ini, beliau berkata para pelajar diberi pendedahan dan latihan yang menghasilkan impak yang tinggi kepada industri pemotoran.

Beliau berkata, penubuhan pusat itu juga dapat mengurangkan kos penyelidikan kepada Modenas selain menghasilkan teknologi tinggi bersama UniMAP.

Ïni selari dengan Dasar Automotif Negara untuk menghasilkan kenderaan berteknologi tinggi dengan kos yang rendah,”kata Shahriman.

Beliau juga berterima kasih kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam merealisasikan projek berkenaan.

Motosikal menggunakan enjin Modenas empat lejang itu mempunyai transmisi empat kelajuan.- BERNAMA

Tags: motosikalUniMAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperluaskan jenamanya dalam industri automotif menerusi JDT Lubricants yang menawarkan...

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd