• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Equanimity Akan Dijual Tidak Kurang Daripada RM543 Juta

oleh Ahmad Albab
13/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kapal mewah ‘Equanimity’, yang dimiliki kerajaan Malaysia akan dijual pada harga tidak kurang daripada AS$130 juta (RM543 juta), iaitu separuh daripada harga asalnya.

Ia dilaporkan bernilai AS$250 juta (RM1 bilion).

Peguam Sitpah Selvaratnam, yang mengetuai pasukan perundangan untuk kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi kes Equanimity berkata, harga itu ditetapkan selepas kapal berkenaan dinilai oleh syarikat jurunilai bebas berpangkalan di United Kingdom, Winterbothams.

“Kini sudah ada harga panduan untuk pembeli berpotensi. Nilai pasaran yang diberi oleh WInterbothams adalah AS$130 juta,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes tersebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Admiralti Datuk Khadijah Idris di sini hari ini.

Sitpah berkata kerajaan telah menerima perintah mahkamah untuk memasuki fasa kedua penjualan kapal mewah itu.

“Fasa pertama mendapat bidaan tetapi ia tidak diterima, jadi, kami perlu bergerak ke fasa kedua,” tambahnya.

Peguam itu berkata fasa kedua adalah proses penjualan normal melalui rundingan tertutup dan tarikh selesai penjualan ditetapkan pada 31 Mac tahun hadapan.

Pada 24 Ogos, Mahkamah Admiralti membenarkan permohonan kerajaan dan 1MDB serta dua anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited, untuk menjual Equanimity.

Dalam permohonan difailkan pada 23 Ogos, empat plaintif menamakan pemilik kapal, Equanimity of Cayman Islands sebagai defendan dalam saman yang difailkan melalui firma undang-undang Jeremy Joseph & Partners.

Dalam notis permohonan itu, empat plaintif memohon penjualan kapal, bunker, bahan api, pelincir dan bahan lain di atas kapal itu dijalankan melalui tender awam atau perjanjian peribadi oleh syerif Mahkamah Admiralti.

Plaintif memohon supaya pihak syerif menerima tawaran atau penawaran untuk kapal dan bunker bagi harga belian yang akan dibayar kepada syerif dalam dolar AS atau euro atau ringgit.

Mereka berkata hasil penjualan kapal itu perlu dibayar kepada mahkamah dan diletakkan dalam akaun bank di Malaysia seperti yang diluluskan oleh pihak Akauntan Negara.

Pada 19 Okt, Mahkamah Admiralti memutuskan bahawa Equanimity milik kerajaan Malaysia dan 1MDB adalah pemilik benefisiari apabila pemilik berdaftar gagal hadir ke mahkamah untuk menuntut kapal mewah berkenaan dan kerajaan kini boleh menjual kapal itu.

Kemudian, pada 26 Okt, mahkamah sama telah meluluskan terma dan syarat untuk proses pembidaan kapal itu bermula 20 Okt hingga 28 Nov.

Equanimity didakwa dibeli oleh ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low menggunakan wang yang dicuri daripada skandal 1MDB.

Ia dirampas di Bali, Indonesia pada Februari atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah yang dilancarkan Jabatan Keadilan (DOJ) AS ke atas 1MDB.

Kapal mewah itu kemudian dibawa ke Pelabuhan Klang pada 7 Ogos selepas pihak berkuasa Indonesia menyerahkannya kepada Malaysia. – BERNAMA

Tags: Kapal Equanimitylelong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Dapat Rumah Sementara

MBKT Lelong Lembu, Kambing Tak Dituntut

13/02/2024
0

KUALA TERENGGANU: Dua lembu jantan dan lapan kambing akan dilelong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana tidak dituntut selepas disita...

Bangkai Lipas, Debu Bulan Bakal Dilelong RM1.7 Juta

13/06/2022
0

BOSTON, Massachusetts – Bangkai lipas dan debu Bulan yang diekstrak dari badan roket Apollo 11 adalah antara item unik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd