• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa Samad Didakwa Esok Berkaitan Kes Pembelian Hotel Oleh FIC

oleh Ahmad Albab
13/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bakal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Mohd Isa akan didakwa berkaitan kes pembelian hotel oleh FIC di Kuching, Sarawak.

Mohd Isa hari ini berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini , dan menurut peguamnya Datuk K. Kumarendran, kehadirannya adalah bagi menandatangani surat akujanji bahawa beliau akan hadir di mahkamah esok.

Mohd Isa tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira 10.45 pagi dengan ditemani isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, sebelum meninggalkan bangunan SPRM itu kira-kira 20 minit kemudian.

Pada 30 Ogos lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan sebagai berkata pihak pendakwa raya dalam pertimbangan untuk membuat pertuduhan terhadap Mohd Isa membabitkan kes pembelian hotel oleh FIC.

Pada 21 Jun 2017, Mohd Isa dan isterinya tampil memberi keterangan kepada SPRM di Putrajaya, sebelum SPRM membuka kertas siasatan baharu berhubung pembelian hotel di Kensington, London dan Kuching antara tahun 2013 dan 2015.

FIC dipercayai membeli hotel di Kensington pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal sehingga mengakibatkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah syarikat Malaysia yang mengendalikan urusan jual beli hotel berkenaan memperoleh keuntungan sebanyak RM78 juta berdasarkan kadar tukaran semasa mata wang asing dalam tempoh 24 jam menerusi transaksi berkenaan.

SPRM turut menjalankan siasatan berhubung kes pembelian hotel di Kuching oleh FIC, yang juga dipercayai membabitkan harga lebih tinggi daripada harga pasaran. – BERNAMA

Tags: FICTan Sri Isa Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Felda Saman Isa Samad, 19 Yang Lain Isu Tanah Jalan Semarak

15/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap dua bekas pengerusi Felda, Mohd Isa...

Isa, Zaid Beli Hartanah Felda, FIC Atas Nama Sendiri

10/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Kajian audit forensik yang dijalankan oleh pengurusan baharu Felda mendapati pembelian hartanah Felda dan sayap pelaburannya, Felda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd