• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Potong Rumput Tak Mengaku Cuai

oleh Ahmad Albab
12/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua syarikat yang didakwa cuai ketika menjalankan kerja pembersihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar dan dua lagi cedera pada Februari lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Miyusof Enterprise yang diwakili pengarahnya, Mohd Yusof Ismail dan Hisham Rais M Sdn Bhd diwakili pengarah, Hishamudin Rais mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Maimoonah Aid.

Mengikut pertuduhan, Syarikat Miyusof Enterprise didakwa gagal menyediakan prosedur kerja selamat bagi penggunaan traktor pemotong rumput sehingga menyebabkan kematian Nur Afini Roslan, 14, dan dua cedera iaitu Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13.

Syarikat Hisham Rais M Sdn Bhd pula didakwa gagal menyelia penggunaan traktor pemotong rumput sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan kepada mangsa yang sama.

Nahas itu berlaku di padang sekolah SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, pada jam 10.20 pagi, 13 Februari lalu.

Kedua-dua syarikat didakwa mengikut Seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan, Intan Noorashikin Nasaruddin.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian 13 Februari lalu, pelajar tingkatan dua Nur Afini meninggal dunia selepas kepalanya terkena bilah pisau mesin rumput yang ditarik menggunakan traktor.

Dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera ringan dalam insiden itu. – BH ONLINE

Tags: kes cuaipemotong rumput
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Didakwa Sebabkan Kematian Dua Pemotong Rumput

19/05/2022
0

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

5 Maut, Seorang Parah Dirempuh Pemandu Malaysia

14/08/2019
0

SONGKHLA - Lima pemotong rumput maut dan seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah kenderaan dipandu rakyat Malaysia di Rattaphum, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd