• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amanah Susun Strategi Promosi Parti

oleh Ahmad Albab
12/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) sedang giat menyusun strategi ampuh untuk mempromosi parti itu yang masuk tahun ketiga penubuhannya tahun ini.

Penolong Setiausaha Agung parti itu, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata gerak kerja mempromosikan parti bukan sahaja bermatlamat menambah bilangan anggota tetapi juga untuk mendedahkan anggota baharu kepada latar belakang parti yang ditubuhkan sejak September 2015 itu.

“Pasukan promosi yang ditubuhkan akan turun ke setiap negeri untuk mempromosikan parti dan aktiviti ini akan diteruskan selepas Konvensyen Nasional Amanah yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Dis ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut Mohd Faizul, keanggotaan Amanah kini mencecah 100,000 orang dengan 40 peratus daripadanya merupakan anggota generasi muda berusia bawah 40 tahun.

“Saya harap kita dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai parti Amanah bagi memperkukuhkan lagi kedudukan parti,” katanya.

Katanya satu kursus induksi mengenai pengenalan parti akan diadakan yang dikhususkan kepada anggota baharu merangkumi pengisian antaranya objektif dan matlamat parti serta kaedah pendekatan parti terhadap masyarakat menepati peredaran masa.

“Kursus induksi ini antara lain mahu menyatukan anggota sedia ada dan baharu selain memastikan perjalanan perjuangan sentiasa berada di landasan yang betul,” katanya.

Konvensyen Nasional Amanah 2018 akan berlangsung di Ipoh, Perak dan dijangka dihadiri 1,000 perwakilan dari 156 kawasan sah berdaftar. Konvensyen kali ini merupakan yang pertama diadakan selepas parti tu menjadi sebahagian daripada parti komponen PH yang membentuk kerajaan. – BERNAMA

Tags: ahli politikParti Amanah Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

21/04/2026
0

MUKADIMAH ISU pembinaan rumah anutan atau rumah ibadat bukan Islam tidak sah pernah menimbulkan polemik besar dalam negara. Isu tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd