• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN PAS Akal Kat Bontot, Tweet Berita Pesawat AirAsia Terhempas

oleh AK-47
11/02/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau hendak kata rakyat Malaysia tidak memahami rasa terperanjat, takut, simpati dan keinsafan melibatkan kejadian kapal terbang terhempas, maka menipulah jawabnya.

Dengan 3 tragedi dalam setahun lepas, kita begitu trauma untuk mendengar lagi sebarang kemalangan melibatkan pengangkutan udara.

Tak larat lagi melihat jumlah kematian yang tinggi dan kisah-kisah sedih yang mengiringi kejadian malang seumpama itu.

Justeru itu, apabila mendengar sebarang kejadian melibatkan kapal terbang terhempas terutama yang melibatkan mana-mana syarikat penerbangan negara, maka pastikan ia benar-benar berlaku.

Jangan main sebar kerana ia bakal mencetuskan suasana panik dengan begitu pantas sekali dalam masyarakat.

Tidak ada halangan untuk menyebar dan memberitahu rakan serta masyarakat mengenai sesuatu kejadian tetapi dengan syarat ia mestilah BENAR-BENAR berlaku dan bukannya fantasi.

Jangan bila dengar entah daripada sumber mana-mana terus sebarkan melalui media sosial.

Kalau anda seorang pemimpin yang mempunyai pengikut, maka anda perlu dua kali ganda lebih prihatin bila berbuat demikian.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi walaupun namanya memperihatkan ciri orang terpelajar, namun kemampuan berfikirnya memperlihatkan tahap kebodohan yang agak luar biasa.

Dengan tidak semena-mena beliau semalam dikesan mengeluarkan tweet melalui akaun peribadinya memberitahu sebuah pesawat milik AirAsia dengan nombor penerbangan AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas berhampiran Putrajaya.

syed 1

Tweet itu keluarkan pukul 3.55 petang dan masa beberapa minit, ratusan kali ia telah di retweet.

Nampakkah anda berapa pantas berita tidak benar itu tersebar?

Datangnya dari seorang yang mempunyai gelaran Doktor di pangkal nama dan pemimpin parti Islam, siap ada nombor penerbangan apa semua… sudah tentu ramai yang akan menerima dengan bulat-bulat.

Justeru, persoalannya, bagaimana seorang pemimpin parti Islam seperti Dr. Syed Azman yang juga memegang jawatan Penolong Setiausaha Agung Pas tergamak mengeluarkan tweet yang SANGAT TIDAK SENSISTIF itu tanpa sebarang usul periksa?

Kebodohan beliau itu bagaimanapun dikesan segelintir pengguna Twitter.

Satu akaun dengan nama akarbina.webs.com yang memeriksa melalui laman web Flight Stats memberitahu rekod memperlihatkan kapal terbang AK5110 telah mendarat dengan selamat.

Apakah Dr. Syed Azman tidak terfikir perasaan keluarga penumpang bila mengeluarkan tweet tanpa asas?

Beberapa pengguna lain juga mempersoalkan “Doktor” itu.

Beliau kemudian mengeluarkan dua lagi tweet memaklumkan kejadian itu tidak berlaku.

syed 2

Mahalnya, tidak ada sekali pun beliau memohon maaf atas fitnah yang sudah bertebaran itu.

Persoalan yang terakhir…. apakah Dr Syed Azman tidak merasakan tindakan beliau itu salah dan seharusnya tampil memohon maaf kepada semua?

Mungkin AirAsia sendiri perlu menimbangkan untuk mengambil tindakan perundangan ke atas ADUN Batu Buruk ini…

Oleh: AK-47

Tags: AirAsia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd