• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhammad Adib Tidak Lagi Memerlukan Mesin Sokongan Paru-Paru

oleh
11/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah selepas diserang dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas tidak lagi memerlukan mesin sokongan Veno-Venous Extracorporeal Membrane Oxygenation (vv-ECMO) untuk paru-parunya berfungsi.

Institut Jantung Negara (IJN) dalam satu kenyataan hari ini berkata, para doktor telah menanggalkan mesin itu pada pukul 12 tengah hari selepas mendapati perkembangan dan keadaan klinikalnya yang beransur pulih.

“Dia telah menunjukkan kemajuan yang amat baik dalam tempoh 72 jam yang lalu. Beliau dapat berkomunikasi melalui papan tulis bersama keluarga dan penyedia penjagaan kesihatannya,

“(Bagaimanapun) Muhammad Adib masih memerlukan sokongan pernafasan melalui bantuan mesin ventilator dan dialisis. Terapi pemulihannya akan ditingkatkan untuk memantapkan kekuatan otot dan kekuatan untuk anggota bahagian atas dan bawah,” menurut IJN.

Muhammad Adib menggunakan bantuan mesin tersebut sejak menerima rawatan di IJN.

Awal bulan ini, para doktor telah menghentikan mesin sokongan jantung apabila jantungnya dapat berfungsi dengan sendiri – BERNAMA

Tags: IJNMuhammad Adib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd