• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Tamat Pegawai Kontrak Untuk Berjimat

oleh
11/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan Perlis menamatkan kontrak 70 pegawai pada tahun ini sahaja dalam usahanya berjimat dan mengawal perbelanjaan negeri supaya tidak terlalu bergantung kepada kerajaan pusat, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Menurutnya pelantikan Pengurus Acara bagi menguruskan program-program kerajaan juga dihentikan dan tugas mereka dilakukan oleh pegawai-pegawai jabatan atau agensi terbabit.

“Pada masa ini terdapat 333 kekosongan jawatan pelbagai peringkat. Pengambilan akan hanya dibuat mengikut keperluan,” katanya bagi menjawab soalan lisan Noor Azam Karap (PH-PKR Kuala Perlis) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Pada persidangan itu Azlan membentangkan Belanjawan 2019 sebanyak RM268.73 juta, belanjawan yang mengalami defisit sejak dibentangkan pada 2014.

Kerajaan negeri juga membuat penyemakan semula perbelanjaan separuh tahun 2018 manakala jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang menerima peruntukan negeri diminta menyusun semula keutamaan yang menjimatkan perbelanjaan sebanyak 15 peratus, katanya.

Menurut Azlan kerajaan negeri juga mengurangkan elaun pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) daripada RM900 kepada RM150 dan setiausaha daripada RM500 kepada RM100 sebulan. – BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd