• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Saran Industri Buka Peluang Kerjasama Dengan Pusat Tahfiz

oleh Ahmad Albab
11/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Pihak industri disaran memberi ruang untuk bekerjasama dengan pusat thafiz bagi melatih pelajar dalam bidang kemahiran, sekali gus membantu pusat itu melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing.

Ketika membuat saranan itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata perkara tersebut perlu dilakukan bagi memberi nilai tambah kepada pelajar tahfiz untuk membolehkan mereka terlibat sama dalam pelbagai industri di negara ini.

“Contohnya, seperti yang dilakukan oleh sebuah syarikat membuat komponen kapal terbang di Melaka yang mengambil pelajar tahfiz untuk bekerja dengan mereka, dengan syarat pelajar tersebut telah hafal 10 juzuk al-Quran.

“Syarikat terbabit kemudiannya menghantar pelajar tahfiz ke kolej kemahiran yang berkaitan dan selepas pelajar terbabit memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia mereka terus boleh bekerja di syarikat itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Program Penyerahan Sumbangan Kepada Penerima Zakat Wakalah Perbadanan Tabung Pembangunan Kamahiran (PTPK) di Dewan Pusat Latihan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tanah Merah di sini.

Sejumlah RM32,550 zakat diagihkan kepada sembilan penerima dari jajahan itu membabitkan bantuan kewangan bulanan, bantuan membeli motosikal roda tiga dan bantuan am.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata beliau difahamkam pelajar tahfiz mempunyai kelebihan tersendiri kerana mereka mempunyai ketekunan selain menterjemahkan kefahaman mereka akan kandungan al-Quran dalam pekerjaan yang dilaksanakan.

“Mereka tidak curi tulang dalam pekerjaan jadi industri sangat berminat (dengan keupayaan pelajar tahfiz) dan ini akan membuka peluang kepada pelajar tahfiz untuk berada dalam industri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mahfuz Omarpusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

06/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam amat melucukan...

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggambarkan meninggalkan parti itu seolah-olah meninggalkan perjuangan Islam satu pendekatan politik berbahaya kepada demokrasi dan keharmonian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd