• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Disney Tutup 2018 Dengan Pendapatan RM29 Bilion

oleh Ahmad Albab
11/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Walt Disney Studios menutup tahun 2018 dengan memperoleh pendapatan lebih AS$7 bilion (RM29 bilion) susulan kejayaan filem seperti ‘Black Panther’ dan ‘Avengers: Infinity War’.

“Ini adalah kali kedua dalam sejarah studio memperoleh pendapatan lebih AS$7 bilion, selepas Disney sendiri mencipta rekod pada 2016 dengan mendapat AS$7.6 bilion (RM31 bilion).

“Syarikat menganggarkan pendapatan pecah panggung antarabangsa sehingga 9 Disember lalu adalah AS$4.069 bilion (RM17 bilion), menjadikan ini tahun kedua terbesar kami dan ketiga dalam sejarah industri,” kata kenyataan syarikat semalam.

Kejayaan itu diumumkan ketika studio berkenaan bakal menyiarkan filem ‘Mary Poppins Returns’ pada 19 Disember ini, yang dijangka mendapat sambutan ketika musim cuti.

“Sehingga kini, empat daripada lapan tayangan utama seluruh dunia adalah daripada The Walt Disney Studios, termasuk dua tayangan antarabangsa dan tiga domestik,” menurut kenyataan.

‘Avengers: Infinity War’ sahaja memperoleh kutipan sehingga AS$2 bilion (RM8.35 bilion) diikuti ‘Black Panther’ dengan AS$1.35 bilion (RM5.6 bilion) di seluruh dunia. — AFP/BH ONLINE

Tags: pendapatanwalt disney
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyelewengan pengurusan...

Jangan Lupa Isytihar Pendapatan Mata Wang Digital

Jangan Lupa Isytihar Pendapatan Mata Wang Digital

03/11/2022
0

Mungkin ada masih mempersoalkan mengapa pemain mata wang digital perlu mengisytiharkan pendapatan mereka dan seterusnya dikenakan cukai. Ikuti Mynewshub: Telegram Artikel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd