• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

XX Ray Masih Ada Peminat – Aziz M Osman

oleh Ahmad Albab
10/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengarah prolifik, Aziz M Osman yakin jenama XX Ray yang dicetuskannya 27 tahun lalu masih mempunyai kelompok peminat tersendiri.

Bakal tampil dengan sekuel, XX Ray 3, bulan depan, Aziz, 56, enggan meletakkan harapan tinggi untuk meraih kutipan hebat, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada peminat.

“Saya tidak risau sangat mengenai kutipan kerana niat saya, cuma mahu menghasilkan yang terbaik.

“Kutipan hanyalah angka dan saya buat filem kerana minat dan kecintaan terhadap bidang ini.

“Saya pilih untuk hasilkan XX Ray kerana judul ini begitu relevan dengan diri, selain penonton sudah sebati dengan karya fiksyen sains yang pernah saya hasilkan,” katanya.

Ditemui pada sesi bersama peminat sempena pelancaran figura rasmi karakter Profesor Amir Hamzah, Aziz berkata, sambutan awal yang diberikan membuktikan filemnya masih mempunyai permintaan.

Pada sesi itu, hampir 200 unit mini karakter itu terjual membuatkan Aziz percaya, XX Ray 3 yang mengetengahkan jalan cerita berbeza dan pelakon muka baharu mampu menarik khalayak ke pawagam.

“Saya olah filem ini dengan memberi sedikit bayangan mengenai produksi terdahulu supaya penonton semasa memahami.

“Saya pernah bereksperimen, namun dikecam apabila penonton tidak berpuas hati kerana saya mengetengahkan karya yang berbeza dengan produksi yang sudah sebati di minda mereka.

“Selepas membuat kajian, saya dapati ramai peminat XX Ray yang menantikan kemunculan edisi terbaru filem itu,” katanya.

Filem yang menjalani dua fasa penggambaran bermula 2015 dan berakhir pada hujung 2017 menampilkan Izzue Islam, Nonny Nadirah, Saiful Apek, Datuk Jalaluddin Hassan serta Datuk Rahim Razali, selain Aziz sebagai pelakon utama.

“Filem ini adalah simbolik penyatuan dan ia memang sesuai ditayangkan ketika ini.

“Mungkin ada sedikit kebimbangan kerana aliran penonton semasa yang selesa memilih filem yang selamat.

“Saya pula lebih bimbang jika penonton takut untuk mencuba sesuatu yang baharu. Saya pula tidak mahu menghasilkan karya selamat kerana tidak puas,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Aziz M Osmanpengarah filem
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon, Pengarah Filem, Penolong Mengaku Miliki Dadah

12/10/2021
0

KUALA KANGSAR - Pelakon, pengarah filem dan penolongnya masing-masing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan...

Mamat Khalid Makin Sihat, Berkerusi Roda

14/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan pengarah, Mamat Khalid kini beransur sihat, biarpun menggunakan kerusi roda. Sebelum ini, pengarah filem Rock...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd