• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dipenjara Rompak Juruwang Guna Pisau

oleh Ahmad Albab
10/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihukum penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak seorang juruwang warga Bangladesh menggunakan sebilah pisau di sebuah kedai serbaneka, bulan lepas.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Fazuarie Mohd Kari ,30, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan merompak dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 25 Nov lepas

Mohd Fazuarie didakwa merompak wang tunai RM136 dan dua telefon bimbit milik Assad Molla ,28, dengan menggunakan senjata bahaya yang boleh membunuh iaitu sebilah pisau .

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di 7Eleven GF, Jalan Development, Taman Kepong di sini pada 1.03 pagi, 25 Nov lepas mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi memohon hukuman setimpal manakala Mohd Fazuarie yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan. – BERNAMA

Tags: PenganggurRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd