• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Kelab Malam Dipenjara 7 Hari, Denda RM 10,000 Kerana Rasuah

oleh Cj Mnh
10/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM10,000 ke atas seorang pemilik kelab malam yang mengaku bersalah atas pertuduhan memberi suapan kepada seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Oktober lepas.

Hakim Ahmad Jailani Abdul Rahman turut memerintahkan Tong Nye Lee , 55 menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tong didakwa memberikan suapan RM500 di pejabat MPK dekat Kluang, kira-kira 3.15 petang, 16 Okt lepas sebagai dorongan agar tidak diambil tindakan undang-undang pada masa akan datang terhadap perniagaan kelab malamnya iaitu XY Village Enterprise di Jalan Intan 7/2, Taman Intan, Kluang yang didapati melanggar syarat lesen perniagaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama iaitu dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Sementara itu di mahkamah sama, dua peniaga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi suapan masing-masing RM5,100 dan RM2,080 kepada seorang anggota dan pegawai penguat kuasa di Muar dan Klang pada Julai dan September lepas.

Toh Jenn Shyang, 38, dituduh melakukan kesalahan itu di dalam sebuah gudang perniagaan miliknya di Kampung Kebun Sayur, Bakri, Muar, kira-kira 10.20 pagi, 6 Julai lepas manakala Tan Chau Chuan, 42, dituduh berbuat demikian di pejabat MPK, kira-kira 3.30 petang, 23 Sept lepas.

Toh didakwa memberikan suapan RM5,100 itu kepada seorang anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Putrajaya, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas dirinya yang didapati melakukan kesalahan menyimpan atau memiliki barang kawalan berjadual iaitu baja tanpa lesen yang diluluskan di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tan pula dia didakwa memberikan suapan RM2,080 tersebut kepada seorang pegawai penguat kuasa MPK sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan ke atas kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan )(Majlis Perbandaran Kluang) Kerajaan Tempatan 1987 iaitu mempamerkan iklan lori tanpa lesen.

Kedua-dua mereka turut didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Mahkamah kemudian menetapkan kes Toh disebut semula pada 18 Dis ini dan memerintahkan dia diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin manakala kes Tan pada 14 Jan depan dan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Ketiga-tiga pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Raya SPRM Johor Mohamad Anis Redza Mohamad Anuar manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: pemilik kelab malamrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd