• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Pemimpin PH Dilelong Raih RM1.22 Juta

oleh
10/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Gambar yang dirakam pada sidang media pertama pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei lalu, dilelong pada harga RM500,000.

Gambar tersebut dirakam sehari selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan ia dibeli oleh seorang pembida tempatan selepas bidaan dibuka pada harga RM100,000.

Sebanyak enam keping gambar pemimpin PH berjaya dilelong dengan jumlah RM1.22 juta pada Majlis Makan Malam Amal PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini malam ini.

Selain Perdana Menteri, gambar yang ditandatangani lima lagi pemimpin PH termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dibeli seorang pembida tempatan, Gan Yu Chai, pada harga RM150,000 selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM100,000.

Dr Mahathir, dalam ucapannya pada majlis itu, berkata tidak menyangka gambar-gambar tersebut dapat dibida dengan nilai mencecah ratusan ribu Ringgit.

“Oleh itu itu saya nak berhenti kerja. Saya ambil gambar saya nak jual sahaja,” katanya secara berseloroh.

Mengucapkan penghargaan kepada semua penderma dan pembida pada majlis itu, Dr Mahathir bagaimanapun menegaskan tiada keistimewaan akan diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

Gambar yang mendapat bidaan kedua tertinggi ialah gambar Dr Mahathir semasa hari pertama bertugas sebagai Perdana Menteri pada 23 Mei lepas di Pejabat Perdana Menteri, di sini.

Gambar Pengerusi PH itu dilelong pada harga RM350,000 selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM50,000.

Gambar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PH, pula dibeli pada harga RM150,000.

Tiga gambar lain yang dilelong adalah gambar tiga Timbalan Presiden PH iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada harga RM110,000, Lim Guan Eng (RM100,000) dan Mohamad Sabu (RM10,000).

Kesemua gambar tersebut ditandatangi oleh pemimpin-pemimpin terbabit. – BERNAMA

Tags: Menteri Pakatan Harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Tak Layak Dapat Pencen Khidmat Kurang 36 Bulan

25/02/2020
0

SHAH ALAM - Ahli Jemaah Menteri sedia ada berkemungkinan tidak mendapat kelayakan pencen sekiranya mereka dihentikan perkhidmatan susulan desas-desus pembentukan...

Daim Kata Ada Menteri Angkuh Ada Kebenaran – Redzuan

18/02/2020
0

MELAKA - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, menyifatkan kenyataan Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd