• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Raih Kejuaraan Sulung Piala Tun Sharifah Rodziah

oleh
09/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedah menamatkan penantian mereka untuk merangkul kejuaraan sulung Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Tun Sharifah Rodziah selepas menewaskan Melaka 2-0 pada aksi final di Stadium Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, hari ini.

Dua gol Kedah pada perlawanan berkenaan dijaringkan oleh Nur Hidayati Amirudin pada minit ke-39 dan Atin Surang pada masa kecederaan babak kedua perlawanan, demikian menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam catatan terbaharu laman Facebooknya.

Untuk rekod, Kedah sekadar muncul naib juara tahun lepas setelah kalah 0-1 kepada Sarawak yang tidak mengambil bahagian pada tahun ini.

Sebanyak lapan pasukan menyertai kejohanan berkenaan iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, Selangor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah.

Kejohanan yang mula diperkenalkan pada 1976 dengan nama Kejohanan Bola Sepak Wanita Antara Negeri, merupakan cetusan idea isteri bekas Perdana Menteri yang pertama, Tun Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia (PBWM) ketika itu.

Untuk rekod, Sabah merupakan pemenang terbanyak kejohanan iaitu sebanyak 11 kali pada 1988, 1991, 1992, 1993, 1994, 1995, 1996, 1997, 1998, 2003 dan 2004. – BERNAMA

Tags: Piala Tun Sharifah Rodziah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Tun Sharifah Rodziah: Kedah Tetap Rendah Diri

07/12/2018
0

PETALING JAYA - Pasukan bola sepak wanita Kedah tetap merendah diri walaupun muncul pasukan berada di tangga teratas liga dalam...

FAM Perkenal Liga Tun Sharifah Rodziah 2018

22/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Pertandingan bola sepak wanita bagi merebut Piala Tun Sharifah Rodziah kini dikenali sebagai Liga Tun Sharifah Rodziah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd