• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Sebab Perhimpunan 812 Catat Kejayaan Besar

oleh Haris
12/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERHIMPUNAN umat pada 8 Disember semalam berjaya berlangsung dengan aman dan mencapai objektifnya menyatukan umat Islam dan menyampaikan mesej kepada kerajaan Pakatan Harapan dan pendukung mereka.

Walaupun tumpuannya pada ICERD, (Konvensyen Antarabangsa Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi), apa yang paling penting ialah perhimpunan menyerlahkan jati diri umat Melayu Islam.

ICERD hanya satu pencetus untuk mengumpulkan umat Islam di negara ini. Tetapi yang paling penting ialah penegasan bahawa umat Islam berkongsi kepentingan yang sama untuk mempertahankan kedudukan Islam dan bangsa Melayu sebagai tuan di Malaysia.

Kontrak sosial yang dipersetujui dulu bukan satu yang boleh dipermainkan dan ditolak begitu sahaja, dan umat Islam seluruh negara termasuk yang bukan daripada etnik Melayu, telah hadir menyatakan pendirian.

Berikut 5 sebab perhimpunan ummah semalam boleh dianggap berjaya.

1. Jumlah kehadiran

Walaupun angka bukan ukuran mutlak, kehadiran hingga 500,000 ke tengah-tengah ibu kota menunjukkan orang Melayu berasa tidak senang dengan sikap kerajaan Pakatan Harapan yang semakin jelas meminggirkan Islam. Kesediaan mereka hadir dari seluruh pelusuk tanah air menunjukkan satu tanda kebangkitan dan penyatuan Melayu dalam mempertahankan kedudukan Islam daripada dicabar dan digugat. Kehadiran juga daripada semua parti politik dan kumpulan-kumpulan Melayu, yang menunjukkan satu kesedaran yang merentasi sempadan parti.

2. Mesej yang jelas

Para pemimpin parti Melayu UMNO dan PAS, dan pelbagai pertubuhan yang lain menyampaikan pendirian dengan tegas, bahawa kedudukan agama Islam tidak boleh digugat. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya menyampaikan dengan tegas bahawa kelebihan kerusi yang kecil diperolehi Pakatan Harapan hingga dapat menubuhkan kerajaan digunakan secara tidak adil apabila mengabaikan kepentingan kaum majoriti Melayu dan Bumiputera. Mesej yang disampaikan ialah mempertahankan hak dan bukan menafikan hak kaum lain.

3. Manifestasi Islam

Peserta mendirikan solat berjemaah sejak waktu Subuh, memandangkan ramai yang sudah tiba pada malam hari Jumaat lagi dan bermalam di kawasan berdekatan perhimpunan terutama Masjid Negara dan Masjid Jamek. Solat Subuh yang sesak seperti solat Jumaat itu menarik perhatian ramai. Kawasan perhimpunan diserikan dengan solat berjemaah peserta tiap kali waktu solat tiba. Suasana lebih bersemangat apabila Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melaungkan azan Asar semasa ucapan pemimpin dihentikan sebentar apabila masuk waktu. Suasana solat berjemaah yang penuh diteruskan hingga ke waktu Maghrib.

4. Perhimpunan lancar dan bersih

Secara keseluruhan, perhimpunan berjalan lancar dan berdisiplin, tanpa sebarang ucapan atau insiden yang menunjukkan sikap melampau seperti yang dimomokkan oleh sesetengah pihak liberal dan bukan Islam. Perhimpunan berjalan mengikut masa yang ditetapkan dan kemuncak ucapan pemimpin berjalan dengan lancar. Para peserta juga tidak mengotorkan kawasan perhimpunan dengan sampah. Pihak Jabatan Amal dari PAS menunjukkan kecekapan dan profesionalisme yang tinggi mengawal perhimpunan. Kejayaan perhimpunan ini menolak semua pembohongan yang disebarkan oleh pihak yang benci melihat penyatuan Melayu.

ICERD

5. Musuh ketandusan modal

Antara yang ditimbulkan oleh pihak liberal ialah peniaga air minuman yang kurang mendapat untung, seorang peserta yang tidak dapat menjawab dengan baik soalan wartawan tentang ICERD, dan sebelum perhimpunan terutamanya, disebarkan amaran tentang pelampau Melayu yang akan mencetuskan kekacauan hingga membawa kepada darurat. Perhimpunan cuba diberi wajah yang paling buruk, seperti perhimpunan menyokong perompak, perhimpunan Melayu anti-Cina dan sebagainya. Akhirnya perhimpunan yang berjaya ini menjawab dan menafikan semua dakwaan jahat mereka. – Mynewshub.tv

Tags: Himpunan 812
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kejayaan Himpunan 812 Jadi Asas Agenda Kerjasama UMNO-PAS

12/12/2018
0

HIMPUNAN umat yang berjaya dijalankan semalam wajar menjadi asas kepada kerjasama lebih rapat dan terarah dalam kalangan umat Islam, terutama...

Tunjukkan Solidariti Kita, Jom Sertai Himpunan 812

07/12/2018
0

BERSATU... Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru rakyat bersama-sama turun ke perhimpunan aman di Dataran Merdeka pada Sabtu bagi nyatakan solidariti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd