• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Morata Masa Bukti Kemampuan Bersama Chelsea

oleh
09/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Legenda kelab Chelsea FC, Didier Drogba berharap penyokong skuad ‘The Blues’ memberi peluang kepada pemain antarabangsa Sepanyol, Alvaro Morata untuk membuktikan kemampuannya bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Morata menerima kritikan hebat daripada penyokong ‘The Blues’ selepas gagal menyerlah sejak menyertai kelab berpangkalan di London itu dari Real Madrid, Julai tahun lepas untuk kontrak selama lima tahun.

“Berilah sedikit masa kepada beliau (Morata) dan saya percaya prestasinya akan bertambah baik setiap hari. Ketika saya menyertai Chelsea (daripada kelab Perancis, Marseille) pada 2004, saya bergelut untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di England.

“Namun saya cepat mempelajari budaya dan bahasa mereka,” katanya kepada media Malaysia dalam temu bual khas selepas sesi bertemu peminat di sebuah pusat membeli-belah ternama di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Drogba menggesa bekas kelabnya itu agar mengekalkan pemain antarabangsa Belgium, Eden Hazard dalam kelab berkenaan, biarpun Real Madrid bersedia berbelanja besar bagi mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

Pemain kelahiran Ivory Coast berusia 40 tahun itu yang sudah bersara daripada arena bola sepak, dan merupakan duta global Yokohama, kini dalam lawatan ke ​​​​​beberapa pasaran utama syarikat berkenaan berikutan kejayaan kempen jualan dan pemasaran, bermula September hingga November tahun ini.

Yokohama Rubber Co. adalah Rakan Rasmi kepada Chelsea FC yang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak lima kali dan juga juara bertahan Piala FA.

Drogba menjaringkan lebih 100 gol untuk Chelsea FC dalam Liga Perdana Inggeris, dan memenangi kejuaraan itu sebanyak empat kali, serta juara Liga Juara-Juara Eropah pada 2012.​​​​​​​

Drogba pernah memenangi 12 trofi utama, semasa dua kali bersama kelab berkenaan, dari 2004-2012 dan 2014-15. – BERNAMA

Tags: Didier Drogba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Drogba Sah Gantung But

22/11/2018
0

LONDON - Legenda Chelsea, Didier Drogba mengesahkan persaraan daripada dunia bola sepak sekali gus menamatkan karier gemilangnya selama 20 tahun....

“Drogba mentor saya sejak awal lagi” – Lukaku

21/09/2018
0

KEMARAAN Romelu Lukaku nampaknya tidak boleh disangkal lagi apabila dia mencatat 100 gol dalam Liga Premier pada musim lalu. Dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd