• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fuziah Sangsi Alasan Lynas Untuk Wujudkan PDF

oleh Ahmad Albab
08/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sangsi dengan alasan yang diberikan oleh Lynas Corporation Ltd (Lynas) untuk membina tapak pelupusan kekal (PDF) untuk sisa Water Leached Purification Residue (WLP), kerana dikhuatiri ia hanya alasan untuk melengahkan tindakan tegas kerajaan terhadap mereka.

Menurut Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kerajaan telah lama mengeluarkan arahan kepada Lyanas untuk berbuat demikian, namun syarikat itu sebelum ini memberikan alasan mahu melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sisa nadir bumi yang sudah diproses.

“Laporan dikeluarkan Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Operasi Lynas sudah jelas bahawa sisa nadir bumi itu tidak sesuai digunakan sebagai baja untuk industri pertanian kerana mengandungi bahan radioaktif yang sangat berisiko tinggi.

“Kenapa sekarang mereka timbulkan balik perkara ini (pembinaan tapak PDF)? Bagi saya, ini semua taktik mereka sahaja…kalau boleh nak buat PDF, saya alu-alukan, tetapi kena pastikan ia mendapat persetujuan semua penduduk dan mengadakan sesi pendengaran awam terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu di sini hari ini.

Hadir sama ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung dan Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas Tan Bun Teet.

Fuziah secara sinis turut menggesa pihak Lynas meneruskan niat mereka mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan berikutan pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin yang meminta pihak syarikat memproses nadir bumi itu mengikuti saranan dikemukakan Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Operasi Lynas, termasuk menghantar semula sisa radioaktif ke Australia.

“Kalau betul Lynas nak saman kerajaan, silakan…menteri pun sudah menyatakan kesediaan untuk menghadapi saman daripada Lynas.

“Beliau juga sudah bertemu dengan Peguam Negara (Tommy Thomas) bagi membincangkan perkara ini.

“Saya rasa mereka ini sengaja hendak takut-takutkan kita…saya sendiri pun sudah beberapa kali mereka cakap nak saman, tapi sampai sekarang tidak ada…sudahlah, hentikanlah sikap nak membuli rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fuziah SallehLynas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Controversial Lynas REE Issue To Be Raised In Parliament This June – Wong Chen

Controversial Lynas REE Issue To Be Raised In Parliament This June – Wong Chen

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR: The controversial issue involving Lynas Rare Earths and Malaysia’s rare earth elements (REE) industry is expected to be...

The Lynas Issue Should Be Discussed In Parliament

The Lynas Issue Should Be Discussed In Parliament

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR: Allegations regarding an agreement involving Lynas Malaysia Sdn. Bhd., which is said to supply rare earth oxides to...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd