• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panas Baran Antara Punca Pengasuh Dera Budak

oleh Ahmad Albab
08/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Panas baran, cepat marah dan emosi tidak terkawal antara punca kes penderaan kanak-kanak melibatkan pengasuh.

Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DSP E. Saroja berkata ia antara hasil siasatan pihaknya ke atas kebanyakan kes dera yang diterima hingga menyebabkan kanak-kanak maut selain disebabkan kecuaian pengasuh.

“Pada tahun ini sahaja, kami menerima sebanyak 86 laporan kes dera kanak-kanak melibatkan pengasuh sehingga Okt lepas.

Sebagai badan penguatkuasaan yang menjalankan siasatan, siasatan kes mendapati motif penderaan kadangkala disebabkan pengasuh yang hilang sabar dengan kenakalan kanak-kanak,” katanya.

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya menyemak latar belakang pengasuh dan persekitaran pusat asuhan sebelum menghantar anak bagi memastikan keselamatan mereka terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu pada program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel bertajuk Sayangi Anak Kenali Pengasuh di sini, malam tadi.

Turut hadir, Exco Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Umei Bahn Mohamed.

Mengulas mengenai kes penderaan seksual ke atas bayi yang dihantar kepada pengasuh, Saroja berkata ibu bapa perlu memastikan semua aspek keselamatan tempat asuhan sebelum menghantar anak mereka untuk dijaga selain memastikan ia berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun, katanya, tindakan ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat asuhan tidak berdaftar bukan berada di bawah kawalan pihak berkuasa.

“Jangan hanya mengenali pengasuh menerusi media sosial tetapi perlu pantau latar belakangnya, siapa yang berada di rumahnya, berapa kanak-kanak yang dijaga dan siapa yang akan menjaga anak-anak itu,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan bayi berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara yang meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, disyaki akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya pada awal Nov lepas.

Pada 24 Nov pula, polis menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan kes dua bayi lelaki dipercayai didera pengasuh di sebuah taska di Desa Saujana Kajang, Selangor. – BERNAMA

Tags: dera kanak-kanakpanas baran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan Pengasuh Disyaki Dera Dua Kanak-kanak

Polis Tahan Pengasuh Disyaki Dera Dua Kanak-kanak

08/04/2023
0

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita yang disyaki mendera dua kanak-kanak asuhannya berusia tujuh dan empat tahun di kediamannya di...

Pengasuh Taska Didakwa Dera Kanak-Kanak

21/06/2021
0

SEPANG - Seorang pengasuh taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd