• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Final Piala AFF: 40,000 Tiket Dalam Talian Habis Dijual

oleh Ahmad Albab
08/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Debaran perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini pada 11 Disember ini, semakin terasa apabila 40,000 tiket yang dijual dalam talian, habis dijual.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 30,000 tiket telah pun habis terjual menerusi laman sesawang;www.tickethotline.com.my semalam, manakala baki 10,000 tiket yang dijual hari ini, telah habis terjual tadi.

FAM memaklumkan baki 40,000 tiket lagi akan dijual secara fizikal esok di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

Peminat bola sepak negara boleh mendapatkan tiket perlawanan di Kaunter Tiket Pintu A & Pintu E di Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang (atau sehingga tiket habis), dengan setiap penyokong hanya boleh membeli maksimum lima tiket.

FAM berkata peminat boleh juga mendapatkan tiket perlawanan di beberapa cawangan Al-Ikhsan Sports terpilih dan mereka boleh merujuk laman facebook Al-Ikhsan Sports untuk butiran lanjut.

Badan induk bola sepak negara itu turut memaklumkan peminat tempatan yang hadir menyaksikan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Rajamangala, pada 5 Disember lepas, boleh membeli tiket aksi final pertama di kaunter tiket khas di Arena Futsal FAM, Wisma FAM, Kelana Jaya.

Kaunter tiket khas di Wisma FAM ini hanya dibuka sehari pada Ahad ini dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang, menurut FAM.

Peminat yang membuat pembelian tiket berkenaan bagaimanapun perlu membawa kad pengenalan (MyKad) dan bukti pembelian iaitu keratan tiket perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok atau bukti slip pembayaran tiket berkenaan.

“Jika ia telah hilang, sila bawa Pasport Malaysia anda sebagai bukti keluar masuk ke Thailand untuk ke perlawanan tempoh hari,” kata FAM.

Setiap pembelian, bagaimanapun, hanya dihadkan kepada dua tiket tempat duduk terbuka yang berharga RM40 sekeping.

Malaysia seri 2-2 dengan Thailand pada aksi separuh akhir, namun layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Vietnam pula menempah tiket ke final selepas mencatat kemenangan agregat 4-2 ke atas Filipina pada satu lagi aksi separuh akhir yang menggunakan format timbal balik. – BERNAMA

Tags: Piala AFFtiket
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

05/01/2023
1

PETALING JAYA – Laris bagai ‘pisang goreng panas’ apabila tiket separuh akhir Malaysia menentang Thailand dalam Piala Persekutuan Bola Sepak...

Piala AFF : Malaysia, Vietnam Satu Kumpulan

Piala AFF : Malaysia, Vietnam Satu Kumpulan

30/08/2022
0

PETALING JAYA : Malaysia dan Vietnam diundi berada dalam Kumpulan B pada Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 hujung tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd