• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Final Piala AFF, Vietnam Tambah Terbang Ke Malaysia

oleh Cj Mnh
07/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Vietnam Airlines akan menambah perkhidmatan penerbangan ke Kuala Lumpur pada 11 Disember bagi memberi peluang peminat bola sepak negara itu, menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 yang akan berlangsung di Malaysia, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Tambahan penerbangan itu membabitkan laluan dari Hanoi, Ho Chi Minh City dan Da Nang yang menyediakan lebih 1,100 tempat duduk.

Menggunakan pesawat Airbus A321 penerbangan dijadual berlepas sebelah pagi dan penerbangan balik pada petang hari yang sama.

Vietnam Airlines akan bekerjasama dengan beberapa syarikat pelancongan yang akan menyediakan pakej perjalanan, termasuk tiket penerbangan dan perlawanan, pemandu pelancong serta pengangkutan ke stadium.

Vietnam melangkah ke final Piala Suzuki selepas menewaskan Filipina 2-1 di Stadium My Dinh Hanoi, Khamis.

Aksi final pertama antara Vietnam dan Malaysia berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 Disember manakala final kedua empat hari kemudian di Stadium My Dinh Hanoi. – BERNAMA

Tags: penerbanganPiala AFF Suzuki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

21/07/2024
0

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan rasa tidak kecewa terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah,...

Singapura Batalkan Penerbangan Ke Taiwan

Singapura Batalkan Penerbangan Ke Taiwan

05/08/2022
0

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan tambang murah Scoot membatalkan penerbangan ke Taiwan susulan ‘sekatan udara’ ketika latihan tembakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd