• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peugeot 3008 Menangi Kereta Terbaik Tahun Ini

oleh
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 3008 memenangi anugerah Kereta Terbaik Tahun 2018 anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) pada majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Automotif) Naza Corporation Holdings Datuk Samson Anand George berkata ia merupakan satu penghormatan yang besar kepada Peugeot Malaysia untuk menerima anugerah tersebut berikutan ia menjadi bukti kepada populariti SUV Peugeot 3008.

“Sebagai sebuah SUV yang terkenal di seluruh dunia, SUV Peugeot 3008 telah menerima lebih 60 anugerah antarabangsa dan penghargaan setakat ini dan 430,000 unit telah dijual di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata ciri-ciri keselamatan yang canggih, gaya dan keselesaan, dilengkapi dengan teknologi Peugeot i-Cockpit, menjadikan SUV itu sebagai pilihan luar biasa dalam segmen SUV dan tentunya amat dicari dalam pasaran.

SUV Peugeot 3008 mendapat pujian yang tinggi dan ulasan dari seluruh dunia sebagai SUV moden yang paling inovatif, mencerminkan gaya dan keanggunan yang sinonim dengan marque Perancis, menurut Naza Corporation.

SUV itu turut meraih Anugerah Reka Bentuk Terbaik bagi reka bentuk keseluruhan yang cemerlang dan Crossover Kompak Terbaik Tahun Ini pada majlis anugerah itu.

Pada acara sama, satu daripada jenama francais automotif Naza Group, Kia, meraih anugerah MPV Terbaik Tahun Ini – Bawah RM200,000 bagi Kia Grand Carnival 2.2D SX. – BERNAMA

Tags: peugeot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peugeot Sasarkan Jualan Unit Sebanyak 2,500 Untuk 2017

11/01/2017
0

PETALING JAYA - Anak syarikat Naza Corp Holdings Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, yang merupakan pengedar rasmi untuk Automobiles Peugeot...

Peugeot Malaysia Rancang Lancar 5 Model Baharu 2017

15/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, berhasrat melancarkan lima model baharu pada 2017, walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd