• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Faizal Masih Menteri Besar Perak

oleh
06/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 Perak berakhir semalam selepas berlangsung mulai 27 November lepas.

Paling penting, selepas berakhirnya sidang DUN berkenaan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih lagi menteri besar Perak, seterusnya menamatkan spekulasi terdapat komplot ingin menggulingkan beliau.

Malah, hari ini Ahmad Faizal mempunyai dua program di sini untuk dihadiri iaitu Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan negeri Perak dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak.

Tatkala pembangkang rancak melaungkan wujudnya komplot tersebut, Ahmad Faizal yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, sedikit pun tidak ambil pusing, sebaliknya terus dengan watak ceria termasuk ketika bertemu media.

Setiap kali ditanya media tentang desas desus itu, Ahmad Faizal sentiasa tampil dengan jawapan positif termasuklah menyatakan hubungannya dengan semua Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) sangat baik ibarat satu keluarga besar yang bahagia.

Malah, ketika diminta mengulas tentang perkara itu, beliau hanya menyanyikan lagu ‘I’m Still Standing’ yang dipopularkan Elton John, dan itu jelas membuktikan keyakinan Ahmad Faizal bahawa usul menjatuhkannya oleh kalangan Exco tidak mungkin berlaku.

‘Bunyi-bunyi’ bahawa terdapat beberapa Exco ingin menjatuhkan Ahmad Faizal menerusi undi tidak percaya pada persidangan DUN kali ini ditimbulkan oleh ketua pembangkang, Datuk Saarani Mohamad.

Beliau membuat kenyataan tersebut selepas program Perjumpaan Presiden UMNO dan Kepimpinan UMNO Malaysia bersama Pemimpin-pemimpin UMNO Perak di Sungai Siput pada 25 November lalu.

Saarani yang juga ADUN Kota Tampan mendakwa Exco terlibat sedang giat memujuk sekurang-kurangnya lima ADUN Barisan Nasional (BN) untuk sokong usul undi tidak percaya sekiranya dibawa ke dalam persidangan DUN.

Setelah berteka-teki, akhirnya pada 4 Disember lalu, Saarani semasa perbahasan Belanjawan 2019 beri gambaran bahawa individu dimaksudkan ialah Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar iaitu Dr Abdul Aziz Bari.

Serentak pendedahan itu, Abdul Aziz yang juga ADUN Tebing Tinggi serta Naib Pengerusi DAP Perak membuat penafian dalam satu sidang media dan menyifatkan tuduhan Saarani tersebut sebagai gimik poltik murahan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada DAP, PAN dan PPBM mendapat 29 kerusi DUN, namun jumlah itu kurang daripada 31 majoriti mudah diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, ADUN BN iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik) memilih untuk menyertai PPBM manakala Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah) menjadi ADUN Bebas tetapi sokong PH sehingga membolehkan pakatan tersebut membentuk kerajaan negeri.

Komposisi DUN Perak ketika ini terdiri daripada PH yang merangkumi DAP (18), PAN (6), PKR (4), PPBM (2), BN (25), PAS (3) dan Bebas (1). – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal Azumu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd