• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Tiada Hak Potong Gaji Tanpa Izin Pekerja

oleh
06/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata majikan tiada hak untuk potong gaji pekerja mereka dalam konteks pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tanpa kebenaran pekerja terbabit.

Katanya pada masa ini tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan majikan berbuat demikian.

“Jadi, apa yang boleh dibuat ialah pinda Akta PTPTN terlebih dahulu dengan memperuntukkan bahawa mulai sekarang apa-apa yang tertunggak wang itu boleh dipotong daripada mana-mana pihak yang dibenarkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Undang-undang Pekerjaan 2018 ke-7, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kula Segaran berkata sekiranya ada undang-undang bagi tujuan itu, majikan juga tidak mempunyai pilihan melainkan mematuhinya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan semalam bahawa perbadanan itu bekerjasama dengan enam agensi bagi mendapatkan maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam untuk melaksanakan Potongan Gaji Berjadual bermula Januari depan.

Wan Saiful berkata PGB itu adalah untuk peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan dan berdasarkan maklumat yang diperoleh, PTPTN akan mengeluarkan arahan potongan gaji mengikut peratusan tertentu kepada majikan dan majikan bertanggungjawab membuat potongan itu.

Mengulas mengenai keluhan peminjam yang menyifatkan kaedah itu membebankan mereka, Kula Segaran berkata negara kini berhadapan dengan masalah kewangan dan semua pihak perlu memainkan peranan.

“Jika kita dalam keadaan kukuh, tidak ada sebab untuk laksanakan langkah itu (potongan PTPTN),” katanya. – BERNAMA

Tags: M Kulasegaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

24,600 Hilang Kerja Sejak Sembilan Bulan Lalu

07/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Laporan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mendapati 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September lepas,...

Tiada Kenaikan Gaji Minimum Tahun Ini

20/04/2019
0

BENTONG - Kadar baharu gaji minimum hanya akan diumumkan sebelum Ogos tahun depan yang menyaksikan tiada perubahan kadar gaji minimum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd