• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caruman KWSP Selaras Gaji Minimum Baharu

oleh
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua caruman minimum majikan dan pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diselaras mengikut Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 sebanyak RM1,100 bagi Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak, bermula 1 Jan, 2019.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata menerusi langkah itu, caruman minimum sebanyak RM264 dijangka diterima daripada setiap pekerja yang mendapat gaji bulanan, tertakluk kepada khidmat penuh selama sebulan.

Caruman minimum yang berbeza bagaimanapun akan membabitkan ahli yang menerima bayaran gaji pada asas mingguan, harian atau jam.

Notis berkaitan perkara itu telah dihantar kepada semua ahli berdaftar dan pihak KWSP akan bekerjasama erat dengan majikan untuk memastikan kelancaran dasar berkenaan.

“Pelarasan gaji minimum itu sepatutnya dapat membantu ahli KWSP mencapai jumlah simpanan mencukupi bagi tujuan persaraan selain dapat meningkatkan daya tahan kewangan mereka pada masa depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias.

Beliau berkata sebanyak 1.64 juta atau 23 peratus daripada 7.11 juta ahli aktif KWSP mencarum kurang daripada gaji minimum semasa iaitu sebanyak RM1,000.

Statistik KWSP menunjukkan 64 peratus ahlinya yang telah mencapai usia 54 tahun memiliki simpanan kurang RM50,000 yang tidak setimpal dengan peningkatan kos sara hidup dan hutang isi rumah.

“Gaji kecil, terutama dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah adalah antara punca utama yang menyaksikan ramai pekerja Malaysia bersara dengan jumlah simpanan yang tidak mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, Tunku Alizakri berkata KWSP akan turut menyediakan khidmat nasihat persaraan secara percuma untuk majikan, termasuk pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hubungan majikan dengan KWSP. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd