• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Kehakiman SIS Forum Didengar 13 Mac

oleh Ahmad Albab
06/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Mac tahun depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Peguam Majdah Muda yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Farhan Haziq Mohamed yang bertindak bagi pihak SIS Forum, pada pengurusan kes berkenaan, hari ini.

Majdah berkata mahkamah akan mendengar merit dan isu sama ada mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman berkaitan dengan fatwa.

Pada 25 Sept lepas, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum memerintahkan permohonan semakan kehakiman berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran merit kes termasuk persoalan membabitkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Semua pihak terlibat juga berbincang dan menandatangani perintah persetujuan bagi kes itu dan panel berkenaan kemudiannya membatalkan rayuan MAIS, Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Mac 2017 yang membenarkan permohonan SIS untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Hakim Malanjum yang mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu berkata kesemua pihak terlibat boleh mengemukakan hujahan berhubung isu bidang kuasa di Mahkamah Tinggi.

Pada 24 Jun 2016, Mahkamah Tinggi menolak permohonan SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng.

Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai isu berkaitan fatwa.

Pada 31 Okt 2014, SIS Forum (Malaysia), melalui Zainah dan Zaid memohon untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan Kerajaan Selangor sebagai responden.

Mereka memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan bahawa pertubuhan itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang menerima pakai ideologi liberalisme dan pluralisme sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.

Turut dipohon perisytiharan mahkamah bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang membuat arahan melalui fatwa itu dengan mengarahkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi supaya menyekat laman sesawang sosial yang melanggar ajaran Islam sebagai bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA

Tags: Mahkamah TinggiSisters In Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

30/01/2026
0

PETALING JAYA: Pelajar berusia 15 tahun yang dituduh membunuh rakan sekolahnya berusia 16 tahun di Bandar Utama pada Oktober tahun...

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

26/12/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd