• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuckerberg Pertahan FB Isu Penjualan Data Peribadi

oleh Ahmad Albab
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg menolak dakwaan syarikat media sosial terbesar itu menjual data peribadi kepada syarikat Netflix dan beberapa pengendali aplikasi popular, walaupun selepas syarikat itu mengetatkan peraturan privasi.

Zuckerberg turut mengemukakan satu pertukaran e-mel dari 2012 yang mana beliau berkira-kira untuk menjual maklumat kepada beberapa pemaju.

Beberapa e-mel itu turut dikemukakan dalam tindakan undang-undang terhadap Facebook di mahkamah California oleh syarikat pemaju aplikasi Six4Three Amerika Syarikat (AS) yang kini tidak wujud lagi.

Maklumat itu dirahsiakan hakim mahkamah terbabit tetapi disita jawatankuasa Britain di bawah peraturan penguatkuasaan parlimen yang tidak pernah digunakan bulan lalu.

Sebuah jawatankuasa parlimen British sedang menyiasat sama ada syarikat media sosial itu sedang digunakan untuk memanipulasi keputusan pilihan raya, dalam dokumen laporan dalaman Facebook, setebal 250 muka surat, Rabu lalu.

Mereka mendapati beberapa pengurusan eksekutif syarikat besar seperti Netflix diberi kebenaran untuk mengakses data pengguna walaupun selepas Facebook memperketatkan peraturan privasi antara 2014-2015.

Sehubungan itu, pengasas Facebook itu berkata, beliau menulis kerana tidak mahu semua e-mel itu dianggap ‘menyalahi tindakan atau matlamat’ syarikatnya.

“Seperti mana-mana organisasi, kami melakukan banyak perbincangan dalaman dan semua orang mengemukakan idea berbeza,” kata Zuckerberg menerusi mesej yang dimuat naik di laman Facebook.

Bagaimanapun, beliau tidak secara langsung menyentuh keputusan Facebook yang kelihatan seperti mahu menyerahkan kepada beberapa pengendali aplikasi popular kebenaran khusus mendapatkan senarai data dan beberapa maklumat peribadi yang mahu dirahsiakan orang ramai.

“Pada dasarnya, kami bercadang untuk memperkenalkan model yang membolehkan pemaju mendapatkan platform secara percuma dan mereka juga boleh memilih untuk membeli iklan jika mereka mahu,” tulis Zuckerberg.

Katanya, secara jelas tindakan itu adalah berbeza dengan menjual data orang ramai, malah menegaskan syarikatnya tidak pernah menjual data kepada sesiapa pun. – AFP/BH ONLINE

Tags: facebookMARK ZUCKERBERG
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak memuat naik ucapan syukur dan tahniah kepada rakyat Selangor susulan pembukaan laluan Transit...

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd