• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cheng Hoe Yakin Farizal Mampu Selamatkan Penalti

oleh Cj Mnh
06/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mendedahkan beliau tetap berada dalam keadaan tenang apabila Thailand dihadiahkan sepakan penalti pada saat akhir dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di sini, malam ini.

Cheng Hoe berkata beliau yakin sekiranya sepakan diambil penyerang prolifik Thailand Adisak Kraisorn itu tidak melambung tinggi, penjaga gol negara Mohd Farizal Marlias tetap mampu menyelamatkan gawang meskipun berdepan tekanan di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah.

Beliau berkata sebelum perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala itu, beliau dan Farizal menumpukan lebih perhatian terhadap corak sepakan pemain skuad ‘Gajah Perang’ itu.

“Saya masih tenang dan yakin pada waktu itu kemungkinan besar Farizal akan menyelamatkan sepakan penalti kerana kita ada belajar cara mereka mengambil penalti. Sebab itu saya yakin Farizal boleh buat sesuatu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di sini, hari ini.

Sepakan penalti dihadiahkan pengadil dari Jordan, Adham Mohammad Tumah Makhadmeh pada masa tambahan babak kedua itu berpunca selepas pemain pertahanan, Muhammad Syahmi Safari melakukan kesilapan dalam kotak penalti.

Keputusan pengadil tersebut juga melenyapkan seketika sokongan padu kira-kira 3,000 penyokong tanah air yang hadir ke stadium berkenaan, kerana keputusan 2-2 pada masa itu sudah cukup untuk membawa Malaysia ke pentas final selepas kali terakhir pada 2014.

Bagaimanapun, sepakan penalti diambil Adisak Kraisorn melambung tinggi melewati palang sekali gus menyaksikan kedudukan 2-2 kekal sehingga wisel penamat.

Sementara itu, Cheng Hoe memuji barisan anak buahnya selepas menampilkan aksi terpuji pada babak pertama selain menyifatkan disiplin tinggi ditonjolkan meskipun ketinggalan dua kali adalah kunci utama kejayaan malam ini.

“Pada 45 minit pertama perlawanan, barisan pemain beraksi dengan sangat baik dengan menyerap segala tekanan kerana kita tahu bermain di sini bukanlah mudah.

“Separuh masa kedua pula, pemain berjaya menjelmakan segala taktikal serta perancangan dan mereka juga menunjukkan disiplin cukup tinggi sehingga perlawanan berakhir,” katanya.

Menanti Malaysia pada aksi final pertama dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan, adalah antara Filipina dan Vietnam yang akan turun berentap dalam perlawanan separuh akhir kedua esok. – BERNAMA

Tags: sepakan penaltiTan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

FAM Beri Bayangan Positif Status Kontrak Cheng Hoe

16/12/2018
0

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan positif mengenai kedudukan Tan Cheng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd