• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Kemanusiaan Yaman Makin Buruk Menjelang 2019

oleh Haris
05/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KRISIS kemanusiaan di Yaman semakin kritikal dan semakin banyak pihak menggesa tindakan tegas diambil mengelakkan keadaan menjadi lebih parah.

Baru-baru ini, PBB memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan Yaman akan bertambah buruk menjelang tahun 2019.

Menurut laporan AFP, ramalan menakutkan untuk negara bergolak itu dibuat ketika pejabat kemanusiaan PBB, OCHA mendedahkan jangkaan penilaian keperluan untuk tahun depan.

Ketua OCHA, Mark Lowcock kepada media di sini mengatakan negara dengan masalah terbesar pada 2019 ialah Yaman.

“PBB menyediakan bantuan makanan kepada tiga juta orang sebulan,” katanya tahun lalu.

Angka itu meningkat kepada 8 juta orang sebulan tahun ini dan dijangka mencecah 12 juta menjelang 2019.

Situasi itu bertambah buruk beberapa bulan lalu berikutan kelumpuhan ekonomi meluas dan peningkatan keganasan di pelabuhan ditawan Houthi di Hudaydah, hab import penting makanan dan bekalan asas lain.

“PBB memohon AS$4 bilion (RM16.55 bilion) untuk membantu penduduk Yaman menderita tahun depan,” kata Lowcock.

Secara keseluruhan, 24 juta penduduk Yaman, atau 75 peratus penduduk, memerlukan bantuan kemanusiaan tahun depan.

Sementara itu, organisasi Save the Children kesal dengan perang dan sekatan di Hudaydah yang memaksa mereka membawa bekalan bantuan ke utara Yaman melalui pelabuhan Aden. Akibatnya, bekalan bantuan mengambil masa tiga kali lebih lama untuk sampai kepada penduduk.

Sejak awal pencerobohan Arab Saudi di Yaman, organisasi ini memberi bantuan makanan kepada 140,000 kanak-kanak dan merawat lebih daripada 78,000 kanak-kanak yang kekurangan gizi. – MA

Tags: krisis makananYaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Makanan Negara Di Ambang Bahaya: Sultan Nazrin

Krisis Makanan Negara Di Ambang Bahaya: Sultan Nazrin

30/07/2022
0

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar gerakan secara besar-besaran dilakukan untuk memenuhi keperluan bekalan makanan negara...

Enam Juta Rakyat Sri Lanka Berdepan Krisis Makanan

Enam Juta Rakyat Sri Lanka Berdepan Krisis Makanan

09/07/2022
0

COLOMBO – Krisis ekonomi berterusan menyebabkan lebih enam juta penduduk Sri Lanka berdepan krisis bekalan makanan di samping kekurangan ubat-ubatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd