• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMS Buat Kajian Keluar Tayar Jenama Tempatan

oleh Cj Mnh
05/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat tempatan Hoyu Recycling Retreading Sdn Bhd bagi tujuan buat kajian untuk mengeluarkan tayar berjenama tempatan di negeri ini.

UMS diwakili oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan UMS Prof Dr Abdul Karim Mirasa dan syarikat berkenaan diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Simon Tu.

Upacara menandatangani MoU itu turut disaksikan Menteri Perdagangan dan Perindustrian negeri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Madius berkata ini MoU berkenaan merupakan satu perkembangan positif terhadap perkembangan industri berasaskan jenama tempatan di Sabah.

“Perjanjian ini adalah satu kerjasama yang akan dilaksanakan selama lima tahun…dan saya difahamkan kerjasama UMS dan syarikat berkenaan bermula pada Januari tahun depan dengan memulakan dengan membuat proses mencelup tayar terpakai.

“UMS akan membuat kajian terlebih dahulu dan kita jangkakan dalam suku ketiga tahun ini mereka akan mengeluarkan tayar baharu jenama tempatan yang akan dibuat di China,” katanya.

Madius berkata apabila mencapai sasaran pengeluaran, kementeriannya akan bekerjasama untuk mewujudkan satu kilang membuat tayar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

“Kita jangkakan kilang itu dapat diwujudkan pada 2020…dengan adanya kilang itu, syarikat berkenaan akan menggunakan getah yang dibeli daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) iaitu kira-kira 10 tan sebulan,” katanya.

Sementara itu, Junz berkata berjanjian UMS dan syarikat berkenaan merupakan salah satu inisiatif yang mampu menyeimbangkan harga getah di negeri ini.

“Kita yakin usaha ini dapat memberi manfaat kepada penoreh getah di Sabah dan kita sangat alu-alukan usaha ini kerana kementerian saya kini juga sedang berusaha menyeimbangkan harga (getah) ini Sabah,” katanya. – BERNAMA

Tags: MoUtayar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

16/09/2024
0

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd