• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soket Longgar Punca Renjatan, Kebakaran Telefon

oleh Cj Mnh
05/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun kes kemalangan elektrik melibatkan renjatan elektrik atau kebakaran bateri akibat bermain telefon pintar yang sedang dicas merupakan kes terpencil, namun kejadian itu boleh membawa maut dan kecederaan parah kepada seseorang individu.

Demikian amaran yang ditegaskan Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor susulan daripada kejadian maut remaja lelaki di Rembau, Negeri Sembilan akibat bermain telefon yang sedang dicas.

Ujar Hafisham, kejadian renjatan elektrik boleh berpunca daripada sambungan soket yang longgar atau bocor, manakala kebakaran bateri pula berpunca daripada kondisi bateri telefon pintar yang lemah.

“Kes renjatan atau kejutan elektrik ini biasanya berpunca daripada sambungan soket yang bocor mengakibatkan pengaliran elektrik keluar sekali gus ‘menangkap’ mangsa atau pengguna. Kejadian sebegini boleh membawa maut akibat pengaliran voltan yang tinggi.

“Berbeza dengan kejadian bateri telefon yang terbakar, itu adalah berpunca daripada bateri yang lemah menerima pengaliran tenaga elektrik tinggi mengakibatkan bateri mengalami penyimpanan haba yang tidak konsisten seterusnya mengakibatkan kebakaran,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Jelas Hafisham, walaupun kedua-dua kes berkenaan mencatatkan peratusan yang rendah di Malaysia dan merupakan kes terpencil, namun isu itu perlu diberi perhatian oleh setiap lapisan masyarakat.

“Nasihat untuk individu di luar sana, jangka masa dan kekerapan penggunaan bateri merupakan punca utama kepada kemalangan kebakaran bateri dan renjatan elektrik. Jika badan telefon panas walaupun dalam keadaan ia tidak dicas, itu menunjukkan bahawa bateri dalam keadaan yang lemah.

“Seelok-eloknya hindari daripada menggunakan telefon pintar yang sedang dicas dan itu adalah tindakan yang paling baik untuk mengelakkan daripada berlaku kecelakaan,” tambahnya.

Sejak tahun 2002 sehingga 2017, Suruhanjaya Tenaga telah menerima laporan dan menyiasat sebanyak 914 kes kemalangan elektrik termasuk kes renjatan elektrik akibat bermain telefon ketika dicas di mana daripada jumlah itu, sebanyak 457 melibatkan kes maut.

Dalam pada itu, semalam, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik dengan telinga sebelah kiri terdapat kesan darah dan sebuah telefon bimbit yang sedang dicas ditemukan berdekatan mangsa.

Selain itu, pada 2016 media melaporkan seorang suri rumah maut di kediamannya di Cheras, Kuala Lumpur ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dengan alat pengecas tidak tulen akibat renjatan daripada kebocoran elektrik pengecas itu. – UTUSAN ONLINE

Tags: BERATZul Ariffin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zul Ariffin Disiasat Angkara Babak Lucah

22/03/2022
0

PUTRAJAYA – Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip...

Video Panas Mirip Zul Ariffin Pulak

12/12/2019
0

“SEDANGKAN muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya,” kata pelakon popular Zul Ariffin mengenai penularan video panas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd