• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

99 Individu Ditahan Setakat 9 Pagi Ini Kes Rusuhan Kuil

oleh
05/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan 16 individu lagi untuk membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini minggu lepas, menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 99 orang setakat 9 pagi tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pernahanan terbaharu itu dilakukan di sekitar Lembah Kelang.

“Kita kini sedang siasat sama ada mereka yang baru ditahan ini merupakan sebahagian daripada 28 individu yang dicari sebelum ini,” katanya pada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Insiden rusuhan pada 26 Nov itu berkaitan dengan unsur jenayah, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara, selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan kepada ketenteraman awam.

Dalam pada itu tinjauan Bernama di sekitar kuil tersebut hari ini mendapati pihak polis daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masih lagi berkawal di situ. – BERNAMA

Tags: Rusuhan Kuil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Daripada 9 Saksi Tampil Bantu Siasatan Kes Adib

19/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua daripada sembilan saksi yang sedang dikesan polis tampil bagi membantu siasatan kes bekas anggota bomba Allahyarham...

Setahun Pemergian Adib, Keluarga Harap Kebenaran Terus Dicari

17/12/2019
0

ALOR SETAR - Keluarga Pegawai Bomba (PB) Muhammad Adib Mohd Kassim terus mengharapkan kebenaran di sebalik punca kematian dapat dicari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd