• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai APMM, Guru Didakwa Peras Ugut Pemilik Bot

oleh
05/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan adiknya yang bekerja sebagai guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan memeras ugut pemilik bot nelayan, pada Oktober lalu.

Muhmmad Rezal Kamal Bashah, 39, dan Muhammad Aminruddin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mereka didakwa memeras ugut Heng Loon Peng, 44, dengan menggunakan alasan bot miliknya akan ditahan, yang menyebabkan mangsa menyerahkan wang tunai RM1,700 pada 3.14 pagi, 24 Okt lalu di perairan Rompin, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan sebat atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Peguam Mohd Faizal Hiqram Azmi yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin yang ditawarkan pihak pendakwaan bagi setiap tertuduh dikurangkan atas alasan anak guamnya menyara keluarga.

“Muhmmad Rezal memperoleh pendapatan bersih sekitar RM4,500 sebulan yang digunakan untuk menanggung lima anggota keluarga manakala Muhammad Aminruddin mempunyai dua tanggungan dengan pendapatan sekitar RM2,500 sebulan,” katanya.

Mohd Faizal Hiqram juga merayu mahkamah mengambil kira tertuduh sebelum ini telah menjelaskan jaminan sebanyak RM8,000 setiap seorang selepas didakwa pada 31 Okt lalu di mahkamah sama, atas dakwaan merompak satu tan sotong bernilai RM20,000 daripada bot nelayan itu.

Siti Aminah membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang, dan menetapkan 7 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah.

Muhmmad Rezal semasa ditahan difahamkan menjawat jawatan sebagai ketua zon dan bertugas di Kemaman, Terengganu manakala Muhammad Aminruddin berkhidmat di sebuah sekolah kebangsaan di Karak, Bentong.

Pada prosiding sama, Siti Aminah juga menetapkan 7 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes rompakan dihadapi tertuduh selepas Mohd Faizal Hiqram memaklumkan anak guamnya berhasrat menghantar representasi terhadap pertuduhan itu.

Dalam kes itu, Muhmmad Rezal dan Muhammad Aminruddin didakwa bersama seorang lagi adik mereka, Muhammad Nur Adnan Shah, 29, serta dua beranak iaitu Abdullah Saat, 56, dan anaknya Muhammad Suhaimi, 20.

Semua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan merompak satu tan sotong itu dengan menggunakan sepucuk pistol di perairan Rompin, dekat sini, pada 3.14 pagi, 24 Okt lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: APMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd