• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Catat Penurunan Kes Jangkitan HIV

oleh Cj Mnh
04/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Pahang mencatatkan penurunan jumlah penghidap HIV sebanyak 70.5 peratus apabila hanya 165 kes dicatatkan tahun ini berbanding 655 kes yang dicatatkan pada 2002.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata sehingga kini terdapat seramai 11,339 penghidap penyakit itu direkodkan di negeri ini sejak ia mula dikesan pada 1989.

Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 9,086 pesakit HIV masih hidup dan menjalani rawatan berterusan disediakan kerajaan.

“Daripada jumlah itu 82 peratus adalah lelaki dan 57 peratus adalah kalangan anak muda berusia 20 hingga 39 tahun,” katanya pada sidang media ketika Sambutan Hari AIDS Sedunia di Dewan Tun Razak Temerloh di sini, hari ini.

Beliau berkata Pahang juga mencatatkan rekod terbaik dalam mencegah jangkitan HIV menerusi ibu kepada anak dalam kandungan apabila tiada kes direkodkan dalam tempoh dua tahun.

Dr Sha’ari berkata kejayaan itu dicapai hasil usaha berterusan kementerian memberikan rawatan pencegahan terhadap ibu mengandung yang positif HIV dan rawatan semasa kelahiran anak.

Selain itu, katanya program City Getting To Zero yang dilancarkan pada 2014 di negeri ini bagi mengurang sehingga sifar jumlah jangkitan baharu HIV di bandar besar seperti Kuantan telah membuktikan keberkesanan program tersebut.

“Program ini telah menunjukkan kejayaan dan akan diteruskan di Temerloh dan Rompin iaitu daerah yang mencatatkan jumlah penghidap HIV tertinggi di Pahang selepas Kuantan,” katanya.

Dr Sha’ari berkata penyumbang utama kepada HIV di Pahang sejak kebelakangan ini adalah seks bebas berbanding beberapa tahun lalu berpunca daripada berkongsi jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah.

Sehubungan itu Dr Sha’ari menggesa mereka yang berisiko supaya dapat menjalani ujian saringan sekali gus dapat mengikuti program rawatan yang disediakan kementerian.

Katanya, mereka yang dikesan menghidap HIV dan menjalani rawatan yang dikhususkan kepada mereka boleh dirawat sehingga 97% pulih malah boleh menjalani kehidupan seperti masyarakat biasa. – BERNAMA

Tags: jangkitan HIVpenurunan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Maksimum Minyak Masak Botol Turun Lagi

Harga Maksimum Minyak Masak Botol Turun Lagi

02/11/2022
0

PUTRAJAYA – Harga minyak masak sawit tulen kemasan botol lima kilogram (kg) sekali lagi diturunkan kepada RM30.90 berkuat kuasa 8...

Kadar Inflasi September Turun Kepada 4.5 Peratus

Kadar Inflasi September Turun Kepada 4.5 Peratus

21/10/2022
0

KUALA LUMPUR - Kadar inflasi Malaysia pada September 2022 mencatatkan 4.5 peratus, lebih rendah berbanding 4.7 peratus pada bulan sebelumnya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd