• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kura-Kura Gergasi Miliki Genetik Panjang Usia

oleh Ahmad Albab
04/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

QUITO – Kura-kura gergasi Galapagos ada pelbagai genetik yang dikaitkan dengan pemulihan DNA, tindak balas imun dan pembanteras kanser, memberi petunjuk kenapa haiwan itu memiliki hayat panjang, menurut satu kajian.

Kumpulan penyelidik antarabangsa menyusun dua genom kura-kura terbabit, termasuk spesis ‘Lonesome George’ – cabang spesis ‘Geochelone nigra abingdoni’ yang mati dalam jagaan di Pulau Santa Cruz Galapagos pada 2012.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘Nature Ecology & Evolution’ mendedahkan kumpulan penyelidik itu berjaya mengesan pelbagai garis keturunan khusus yang mempengaruhi gen pembaikan DNA, pengantara peradangan dan gen yang berkaitan dengan perkembangan kanser.

Pengarah Taman Negara Galapagos, Jorge Carrion berkata, pendedahan terhadap rahsia umur panjang ‘Lonesome George’ akan membantu usaha untuk memulihkan populasi kura-kura gergasi di kepulauan itu.

Kura-kura gergasi, boleh hidup sehingga 100 tahun dalam jagaan, tiba di kawasan kepulauan gunung berapi Galapagos tiga hingga empat juta tahun lalu.

Adalah dipercayai bahawa arus laut membawa mereka ke sekitar pulau, hingga wujud 15 spesies yang berlainan, manakala tiga daripadanya sudah pupus.

Rantau kepulauan Pasifik bermula dari dataran utama Ecuador terkenal dengan flora dan fauna yang unik dan pernah dikaji Charles Darwin ketika beliau mengembangkan teori evolusinya. Kawasan kepulauan itu masih menjadi habitat 12 spesies kura-kura raksasa itu.

Spesies kura-kura gergasi kedua yang dalam kajian mereka adalah spesies yang terdapat di beberapa pulau di Aldabra Atoll di Seychelles. – AFP/BH ONLINE

Tags: genetikkura-kura gergasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kura-Kura Gergasi Sudah Pupus Ditemui Di Galapagos

23/02/2019
0

QUITO - Aktivis pemuliharaan alam sekitar di kepulauan Galapagos menemui seekor kura-kura gergasi daripada spesis yang dianggap sudah pupus, lebih...

CEO Suntik Ubat Belum Diuji Manusia Yakinkan Pembeli

07/02/2018
0

BAGI meyakinkan pelanggannya bahawa vaksin penyakit herpes adalah selamat dan berkesan, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sanggup menyuntik dirinya sendiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd