• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Mahu Kerajaan Pusat Kreatif Tangani Isu Minyak Sawit

oleh
04/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Kerajaan Sabah mahu kerajaan pusat menjadi lebih kredit dan berinovasi dalam mencari alternatif untuk menyelesaikan isu berkaitan eksport minyak sawit.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dasar dan pendekatan baharu amat diperlukan memandangkan cabaran dihadapi eksport minyak sawit ke pasaran antarabangsa khususnya Eropah, memberi kesan kepada penurunan harga.

“Kalau mereka tidak mahu beli minyak sawit sebagai minyak makan, (tidak apa) kita masih proses sawit itu, bukan jadi minyak masak, tetapi jadi biodiesel.

“Saya berpendapat kalau kita eksport biodiesel, orang tidak bantah. Saya harap kerajaan pusat boleh mencari pendekatan baharu dan menjadi lebih kreatif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran Dasar Hutan Sabah 2018 di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata alternatif lain adalah meningkatkan perdagangan dua hala dengan negara Eropah berasaskan pertukaran barangan.

“Misalnya, kita beli alat ganti jet, alat ganti kapal selam, senjata atau lain-lain dari Perancis, Jerman serta United Kingdom dan kerjasama dagangan ini ditingkatkan.

“Sampai waktu, kita cadangkan bahawa kita membayar bukan dalam bentuk ringgit atau tunai, namun kita bayar dengan minyak sawit. Kalau beli alat ganti kapal selam, kereta api dari China, kita cadangkan kepada mereka bahawa kita akan bayar dengan biodiesel,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu kreatif agar negara tidak terus bergantung dengan hasil pendapatan sedia ada dalam menghadapi penurunan harga komoditi dan hutang yang perlu diselesaikan tahun depan. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd