• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Sampaikan Geran Anugerah Merdeka Kepada 3 Penerima

oleh Cj Mnh
03/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyampaikan Geran Anugerah Merdeka bagi ​​​​​​International Attachment 2018 kepada tiga penerima yang akan meneruskan penyelidikan mereka di institusi yang diiktiraf antarabangsa yang menjadi pilihan masing-masing.

Tiga penerima itu terdiri daripada Dr Lee Tian Khoon, 32, penyelidik Post-Doctoral di Fuel Cell Institute Universiti Kebangsaan Malaysia; Dr Ong Wee Jun, 29 Pembantu Professor di School of Energy and Chemical Engineering Xiamen University Malaysia; dan Aishah Ismail, 29, calon PHD di Centre of Intelligent Signal and Imaging Research Universiti Teknologi Petronas.

Dr Lee yang memilih Oxford University, United Kingdom sebagai ‘attachment’ jangka pendek merancang untuk mengukuhkan penyelidikannya dalam kajian menukar bahan-bahan getah kepada penyimpanan dan penukaran tenaga yang maju.

Dr Ong pula yang memilih California Institute of Technology, di Amerika Syarikat, akan menumpukan penyelidikannya dalam penukaran tenaga solar dan penyimpanan tenaga, bagi menangani isu-isu berkaitan keselamatan tenaga dan alam sekitar.

Sementara itu Aishah merancang untuk memberi tumpuan kepada penyelidikannya mengenai penggunaan “Deep Learning Approach” dalam mengenalpasti “stroke biomarker” di Massachusetts Institute of Technology, juga di Amerika Syaikat.

Nama ketiga-tiga mereka diumumkan oleh anggota pengasas Merdeka Award Trust yang juga Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, sebelum mereka disampaikan anugerah masing-masing oleh Sultan Nazrin yang juga Penaung Diraja Merdeka Award Trust.

Semua peneima akan menjalani tempoh tiga bulan ‘attachment’ di luar negara di mana mereka akan meningkatkan lagi kerja-kerja penyelidikan, mewujudkan rangkaian kerja lebih luas, dan berkongsi pengalaman serta ilmu pengetahuan yang baru dengan lain-lain penyelidik Malaysia sekembalinya mereka nanti.

Sementara itu, Wan Zulkiflee dalam ucapannya berkata sehingga kini 14 anak muda Malaysia menerima geran itu, dengan 11 daripada mereka sudahpun menamatkan sesi attachment mereka di peringkat antarabangsa sejak geran itu dilancarkan pada 2012. – BERNAMA

Tags: Geranpenyelidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

13,892 Perniagaan Terima Geran, Pinjaman Langganan Khidmat Digital

22/04/2022
0

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM92.9 juta telah disalurkan oleh kerajaan kepada 13,892 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan...

Permohonan Geran Kandungan Digital Dibuka Sehingga 30 April

21/04/2022
0

PETALING JAYA – Permohonan Geran Kandungan Digital (DCG) 2022 yang dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) bersama Perbadanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd