• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adib Dah Boleh Angguk, Faham Arahan

oleh Ahmad Albab
03/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, kini sudah memberi respon yang positif.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Dr Md Farid Md Rafi berkata, ketika beliau menziarahi Muhammad Adib hari ini, ada perkembangan yang mengembirakan beliau dan rakyat Malaysia berhubung perkembangannya.

Katanya, Muhammad Adib sudah boleh memberi respon balas terhadap keadaan sekitarnya.

“Secara asasnya beliau (Muhammad Adib) sudah sedar, masih banyak mesin sokongan dibadan tapi beliau boleh mengangguk dan faham apa yang diperkatakan, itu ada permintaan untuk terus bagi semangat dekat beliau,” katanya dalam sidang medianya di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, Isnin.

Yang turut hadir dalam sesi ziarah berkenaan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Perkembangan terkini Muhammad Adib menyaksikan beliau kini tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata bagaimanapun mesin sokongan masih terus digunakan pada bahagian paru-parunya.

Katanya, doktor yang merawat Muhammad Adib memaklumkan kepadanya bahawa jantungnya sudah berfungsi dengan sendiri.

Dalam kejadian awal pagi Selasa lepas, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika terlibat dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Muhammad Adib memang diserang dan bukan dilanggar jentera bomba yang sedang mengundur semasa insiden rusuhan di kuil itu.-Sinar Harian Online

Tags: IJNMuhammad AdibRusuhan Kuil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd