• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

800 Anggota Tentera Sedia Digerak Ketika Bah

oleh
02/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seramai 800 anggota tentera markas 8 Briged yang berpangkalan di Pengkalan Chepa di sini bersiap sedia untuk digerak atur bagi memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Muhammad Huzaimi Sabri berkata anggota terbabit yang telah bertugas di dua negeri itu akan melakukan penugasan untuk memberikan bantuan kepada pihak pengurusan bencana ketika musim tengkujuh ini.

“Kami sudah membuat persiapan dari segi fizikal dan mental selain melakukan persiapan latihan bersama dengan agensi pengurusan banjir lain bagi menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku pada musim ini (tengkujuh).

“Persiapan kami juga termasuk persediaan kenderaan, aset menyelamat dan tinjauan di kawasan yang berisiko menghadapi banjir,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Huzaimi berkata di Kelantan pihaknya akan memberikan tumpuan khusus di kawasan seperti di daerah Kuala Krai, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.

“Kawasan ini diberikan tumpuan berikutan ia kebiasaannya menghadapi banjir dan terjejas teruk semasa banjir 2014 yang lalu.

“Setiap daerah lain anggota kami diberi tanggunjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada mangsa yang terlibat dengan bencana alam ini,” katanya.

Katanya pihaknya turut memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand yang terletak di negeri Kelantan ketika musim tengkujuh ini.

“Kita tidak mahu musim ini ada pihak-pihak mengambil kesempatan untuk melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang negara.

“Musim tengkujuh ini bukan kesempatan untuk mereka yang tidak bertanggungjawab membolosi sempadan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir Kelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Kelantan: 1,437 Orang Di Lima PPS

06/03/2022
0

Kota Bharu : Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,437 orang daripada 414 keluarga pagi ini berbanding 1,879 orang...

Banjir Kelantan: Penduduk Mula Pulang Bersihkan Rumah

04/03/2022
0

PASIR MAS: Sebahagian mangsa banjir di daerah ini mula pulang ke rumah masing-masing bagi meninjau kerosakan dan memulakan kerja pembersihan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd