• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajal Imam, Isteri Bersama Dalam Tidur

oleh
02/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Imam Masjid Jamek Simpang Renggam, dekat sini, dan isterinya meninggal dunia ketika sedang tidur di Kampung Chokro, Simpang Renggam, awal pagi semalam.

Bera Madiran, 78, yang menghidap diabetes dan isterinya, Siti Munah Damin, 66, menghidap kanser limfoma disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi.

Anak sulung pasangan berkenaan, Mohamad Farid, 50, berkata ibu bapanya disedari meninggal dunia oleh adik bongsu perempuannya yang tidur bersama di bilik mereka.

“Biasanya ayah akan bangun awal bersiap untuk mengimamkan solat Subuh di masjid, namun pagi tadi ayah tidak bangun seperti biasa menyebabkan adik perempuan saya mengejutkannya.

“Namun ayah tidak bergerak sebelum adik kemudian mengejutkan ibu tetapi tiada juga maklum balas menyebabkan adik kemudian memanggil kami (anak yang lain).

“Kami kemudian menelefon talian kecemasan sebelum pegawai perubatan yang datang mengesahkan ibu bapa kami sudah meninggal dunia.

“Walaupun kami terkejut kerana ayah dan ibu pergi serentak bersama ketika tidur, kami adik beradik reda dengan pemergian mereka berdua,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya, dekat sini.

Mohamad Farid berkata, timbul salah faham dalam laporan awal yang tular menyatakan ayah dan ibunya meninggal selang dua jam.

“Sebenarnya mereka berdua meninggal bersama ketika sedang tidur. Ayah dan ibu juga tidak menunjukkan perbezaan tingkah laku, malah ayah sempat menghadiri jemputan kenduri cukur jambul malam kelmarin.

“Ayah juga kelihatan ceria dan seronok melayan cucunya bermain apabila pulang dari kenduri malam kelmarin,” katanya.

Mohamad Farid berkata, ayahnya sudah lebih 20 tahun menjadi Imam Masjid Jamek Simpang Renggam selepas bersara sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam.

“Ayah dan ibu kami adalah pasangan bahagia yang penyabar dalam mendidik sembilan anaknya.

“Ayah juga sering berpesan supaya kami sembilan beradik sentiasa menjaga tingkah laku, malah pernah menyatakan jika umurnya tidak panjang, kami adik beradik perlu terus saling menyayangi dan menjaga perhubungan kami,” katanya.

Jenazah suami isteri itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Sungai Berumbung, dekat sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam. – BH Online

Tags: ajal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ajal 2 Sahabat Dihempap Treler

18/11/2019
0

ALOR GAJAH - Dua rakan karib penuntut sebuah kolej kejururawatan maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 204.5...

Lelaki Temui Ajal Dipenggal Bilah Helikopter

13/01/2019
0

SEORANG lelaki maut selepas terkena bilah kipas helikopter di bahagian kepalanya sewakty bekerja di lapangan terbang Florida, Amerika Syarikat. Pejabat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd