• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20% Penghidap Diabetes Tahap Kawalan Di Kelantan

oleh
01/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Hanya 20 peratus daripada 185,825 penghidap diabetes di Kelantan mencapai tahap kawalan dengan baik menerusi rawatan yang teratur dan pemeriksaan berkala.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata kajian yang dijalankan oleh Audit Klinikal Diabetes pada tahun 2015 itu adalah sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian.

“Kerjasama antara pesakit, keluarga pesakit dan masyarakat perlu diperkukuhkan bagi memastikan penyakit itu berada di tahap terkawal secara optimum,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Teknologi Mara di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Tumpat, Dr Faizan Ghazali.

Dr Zaini berkata, kadar kegemukan dalam kalangan rakyat Kelantan juga turut menyumbang penyakit itu semakin meningkat iaitu 12.5 peratus pada tahun 2006 kepada 16.2 peratus pada tahun 2015.

Beliau berkata selain itu, gaya hidup yang tidak sihat, amalan makanan seharian yang kebanyakannya tiada langsung dengan ciri-ciri makanan yang seimbang serta kurang meluang masa bersukan menjadi punca ramai rakyat Kelantan menghidap penyakit kronik itu.

Beliau berkata penyakit diabetes boleh dikawal dengan pengambilan ubat yang teratur, lebih banyak melakukan aktiviti seperti berjalan kaki, berlari, bermain bola sepak dan sebarang aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. – BERNAMA

Tags: diabetes
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pencegahan Pandemik Untuk Penghidap Diabetes & Obesiti

13/10/2021
0

Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 dengan mendapatkan vaksin, mengamalkan langkah pencegahan jangkitan, dan penjagaan diri yang baik. Seorang wanita menghidap...

Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Maut Akibat Covid-19?

22/04/2020
0

SEHINGGA hari ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 157,970 orang seluruh dunia melibatkan ratusan negara di seluruh dunia (20 April 2020)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd