• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesir Mahu PBB Campur Tangan Di Libya

oleh Ahmad Albab
18/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk memberi mandat campur tangan antarabangsa di Libya selepas Kaherah mengebom sasaran kumpulan militan Islamic State (IS) di sana.

“Tidak ada pilihan lain. Namun, rakyat Libya perlu bersetuju untuk kami (PBB) bertindak bagi mengembalikan keselamatan dan kestabilan negara berkenaan,” katanya dalam temu bual bersama stesen radio Perancis, Europe 1.

Ditanya sama ada Mesir akan bertindak bersendirian, beliau berkata: “Kita perlu melakukannya sekali lagi dan bertindak bersama-sama.”

IS telah menyiarkan satu rakaman video yang memaparkan anggotanya memancung kepala 21 penganut Kristian Qibti Mesir sekali gus mengheret Kaherah ke dalam konflik merentasi sempadannya.

Situasi tersebut turut meningkatkan kebimbangan bahawa IS yang kini aktif di Syria dan Mesir semakin menyebarkan pengaruhnya.

Merujuk kepada Perang Libya pada 2011 semasa Perancis menjadi sebahagian daripada tentera pakatan antarabangsa yang menyokong pemberontak menumbangkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, al-Sisi menganggapnya sebagai ‘misi yang belum tamat’.

“Kita meninggalkan rakyat Libya menjadi tahanan kepada militia-militia pelampau,” katanya.

Al-Sisi menggesa kumpulan-kumpulan militia supaya menyerahkan senjata tetapi mahu senjata dibekalkan kepada kerajaan Libya yang diiktiraf antarabangsa.

Kerajaan itu berpusat di bandar Tobruk, timur Libya selepas beberapa kumpulan militia menawan kota raya Tripoli.

Sebelum ini, Kerajaan Tobruk meminta sekatan senjata antarabangsa terhadapnya dimansuhkan bagi membolehkannya menguasai semula negara itu. – Reuters

Tags: MesirPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd