• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waytha Moorthy, Maszlee Usaha Lakukan Terbaik

oleh
01/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy sedang berusaha melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tugas mereka sebagai menteri.

“Saya berpuas hati. Mereka sedang melakukan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan malam bertema ‘Malam Istimewa Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Siti Hasmah Mohd Ali’ di sini malam ini.

Sebelum ini, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin dilapor memberitakan ‘nasihat’ melalui catatan di blognya kepada Waytha Moorthy dan Maszlee Malik berhubung prestasi masing-masing sejak kebelakangan ini.

Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri, Dr Siti Hasmah, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Mohamad dan Presiden MMA Dr Mohamed Namazie Ibrahim.

Dr Mahathir turut ditanya keputusan Mahkamah Pilihan Raya hari ini yang mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, adalah terbatal dan tidak sah.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata gabungan berkenaan akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu yang mungkin menjurus kepada soal menentukan calon bagi kerusi berkenaan.

“Awal lagi. Kita akan memilih seseorang. Kita ada ramai calon untuk dipilih,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kerajaan sememangnya bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat termasuk dari segi ubat-ubatan.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat MMA manakala Dr Siti Hasmah diberi penghargaan sebagai Anggota Kehormat MMA. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd