• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ipoh Bakal Jadi Kota Kasut Terulung Negara

oleh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Bandaraya Ipoh bakal menjadi bandaraya pembuatan kasut yang terulung dalam negara dengan wujudnya sebuah akademi pembuatan kasut di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan menyediakan kawasan seluas 80.9 hektar di sini untuk akademi tersebut yang akan mempunyai kilang pembuatan.

“Kita akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut untuk merealisasikannya dengan mengembangkan kilang pembuatan kasut sedia ada yang terletak di Pengkalan. Kita bercadang untuk membesarkan kilang tersebut sama ada di Bemban atau Chemor.

“Ini amat kita alu-alukan sekali gus memberi peluang kepada anak-anak muda dalam bidang pembuatan kasut menyertainya kerana bidang TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) antara fokus utama kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKNP yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Ariff Yeop Ishak dan Jimmy Couture Trend Sdn Bhd yang diwakili pengasasnya, Jimmy Chia Eng Huat di sini.

Mohd Ariff dalam ucapan berkata penubuhan akademi itu akan menyediakan kelengkapan pembelajaran dan latihan untuk meningkatkan modal insan khususnya usahawan belia dalam bidang fesyen.

Katanya projek Bandar Kasut Ipoh bernilai RM100 juta yang melibatkan pembinaan sebanyak 128 buah kilang di kawasan perindustrian ringan di Pengkalan seluas 10.5 hektar kini dalam pembinaan dan dijangka siap selewat-lewatnya pada 2026.

Beliau berkata pada masa ini, industri pembuatan kasut di Perak mencatatkan perolehan sebanyak RM60 juta setahun. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal Azumu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd