• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Ucaptama Forum Kepimpinan Muslim Dunia

oleh Cj Mnh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Forum Kepimpinan Muslim Dunia (WMLF) 2018 akan bermula di London pada 6 Disember dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadual menyampaikan ucaptama pada forum itu.

Pengerusi WMLF, Datuk Seri Mohammed Iqbal Rawther berkata edisi keempat forum dua hari itu adalah untuk menyediakan platform untuk menangani isu-isu kepimpinan yang penting bagi meningkatkan taraf kehidupan ummah, komuniti global secara keseluruhan dan masyarakat Islam khususnya.

Beliau berkata proses demokrasi yang berjalan secara aman dan dinamik bagi peralihan kerajaan baru-baru ini di Malaysia dan Pakistan telah menjadi “buah mulut” di negara-negara Islam dan peralihan itu tidak diragui lagi akan bawa pengajaran penting bagi pemimpin politik dan aktivis sosial.

“Kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan memantapkan lagi forum itu, pertama sebagai timbalan perdana menteri wanita yang pertama (Malaysia) dan yang kedua, peranan Malaysia dalam memperkasakan wanita dalam semua sektor ekonomi, pentadbiran dan politik,” kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Sekretariat WMLF, Tan Sri Michael Yeoh, yang juga presiden Institut Strategi Antarabangsa (ISI).

Forum dwitahunan yang akan diadakan di Lambeth Palace dan di House of Commons, Westminster itu membawa tema “Peranan Kepimpinan Islam Dalam Bina Semula Imej Global Islam (The Role of Muslim Leadership in Rebuilding Islam’s Global Image).

Mohammed Iqbal berkata peranan WMLF, yang berpusat di United Kingdom dan mempunyai Sekretariat Eropah di London dan Sekretariat Asia di Kuala Lumpur, adalah lebih penting sekarang berbanding ketika ia ditubuhkan lapan tahun lalu.

“Kita kini menyaksikan trend penting dalam hal ehwal dunia: kuasa negara-negara Timur Tengah yang kaya dengan minyak yang semakin terhakis; cakap-cakap Presiden (Donald J.) Trump untuk menjadikan Amerika Syarikat kembali hebat; Brexit (penarikan Great Britain dari Kesatuan Eropah; Rusia dan Iran memainkan peranan utama dalam pentas geopolitik; kemunculan Turki dan Malaysia yang menampilkan kepimpinan Islam yang kuat dan berdaya tahan,” kata beliau.

Kira-kira 500 orang dijangka menyertai forum tersebut yang akan memberi tumpuan kepada empat aspek penting iaitu mewujudkan naratif baharu tentang Islam; mengukuhkan kepimpinan Islam di semua peringkat landskap sosioekonomi dan politik; memperkasakan wanita dan peranan wanita dalam membentuk semula naratif Islam yang baharu.

Forum itu juga bertujuan untuk mewujudkan platform bagi pemimpin Islam menawarkan penyelesaian kepada masalah semasa seperti pendidikan belia, keusahawanan dan advokasi untuk pembangunan mampan.

Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menerajui sesi mengenai industri halal dan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal Malaysia.

Selain penyertaan menteri peringkat tertinggi dari Malaysia, menteri dan pemimpin dari Turki, Pakistan, Kenya, Nigeria dan negara lain di dunia juga akan berucap pada forum tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismailforum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Azizah Cinta Hati Yang Setia Mendampingi – PMX

Wan Azizah Cinta Hati Yang Setia Mendampingi – PMX

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan kasih sayang yang mendalam buat isterinya,...

Syed Saddiq Dapat Pasport Untuk Hadir Forum Di Indonesia Esok

Syed Saddiq Dapat Pasport Untuk Hadir Forum Di Indonesia Esok

04/09/2023
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd